P045 – BUKIT MERTAJAM

SIM CHEE KEONG

沈志强 (30)
Email
scheekeong@gmail.com
Web
www.stevensim.com
Facebook
https://www.facebook.com/StevenSimCK/
Twitter
https://twitter.com/scheekeong

Biodata

  • Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan
  • Setiausaha Publisiti DAPSY Negeri
  • Ahli Majlis MPSP (2011-2013)
  • Pegawai Eksekutif Kanan, Penang Institute
  • Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen Bukit Mertajam

Biography

1) Beliau dikenali ramai sebagai Steven Sim dan dilahirkan pada 13 Mei 1982. Oleh itu Steven percaya 13 Mei ialah hari bahagia, meraikan kehidupan bukan pertelingkahan. Beliau telah berumah tangga, dan isterinya Chan Jo Rin merupakan seorang pegawai di sebuahsyarikat MNC di Pulau Pinang. Kedua-dua beragama Kristian dan menghadiri gereja Faith Community Church di Pusat Perniagaan Maju Jaya, Bukit Mertajam.

2) Steven bersekolah di SRK Stowell dan seterusnya High School Bukit Mertajam (HSBM). Beliau kemudiannya lulus ijazah Sains Komputer dari Universiti Malaya (2006). Pada tahun 2012, Steven tamat kursus “PolitikdanPolisi di Asia”  di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

3) Bertanding dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya pada tahun 2002 dan menang. Dilantik menjadi AJK Biro Perpaduan Kaum Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

4) Steven menyertai DAP sejak tahun 2007. Beliau pernah bekerja sebagai pembantu khas YB Chong Eng (AhliParlimen Bukit Mertajam) dan  YB Lydia Ong (ADUN Berapit). Dalam parti, Steven memegang jawatan sebagai, 1) pengerusi DAP cawangan Bukit Mertajam, 2) Setiausaha Jawatankuasa  Perhubungan Parlimen DAP Bukit Mertajam, 3) Setiausaha Publisiti DAPSY NegeriPulau Pinang, 4) Pengarah Pendidikan Politik, DAPSY Malaysia.

5) Pada Januari 2011, Steven dilantik menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)  dan bergerak aktif menyelesaikan masalah rakyat. Beliau juga memperkenalkan polisi-polisi baru seperti bajet responsif gender, pengambil alihan gelanggang sukan awam oleh MPSP untuk penjagaan, mewujudkan 1,000 pekerjaan baru dalam MPSP, projek Nudge iaitu satu strategi menggunakan prinsip psikologi sosial untuk menyelesaikan masalah di depot sampah dan projek Better Penang-MPSP Watch, sebuah aplikasi untuk memudahkan aduan kepada MPSP.

6) Steven merupakan Pegawai Eksekutif Kanan Penang Institute, badan pemikir dan penasihat polisi kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau terlibat dalam penyediaan pelan strategik kerajaan negeri untuk 10 tahun akan datang, Penang Paradigm 2013-2023, yang dilancarkan oleh YAB Lim Guan Eng pada 23 Februari 2013.

7)  Aktif dalam perjuangan keadilan sosial. Merupakan Setiauasaha Eksekutif Network of Social Democracy In Asia (SOCDEM) dan terlibat dalam dialog polisi peringkat antarabangsa termasuk dalam isu kesihatan, kebajikan kaum pekerja dan kesaksamaan gender. Merupakan pengasas dan pernah menjadi PengarahEksekutif Good Governance and Gender Equaility Society (3Gs) Penang yang memperjuangkan keadilan gender.

8) Pada tahun 2009, Steven merupakan antara 2 orang pemimpin Malaysia yang dipilih untuk menyertai International Visitors Leadership Programme ke Amerika Syarikat untuk melawat dan memantau peralihan kuasa dariPresiden George W. Bush ke Presiden Barack Obama.

9) Dinamakan sebagai Young Global Leader pada tahun 2012 oleh badan ekonomi antarabangsa, World Economic Forum di Geneva Switzerland. Anugerah ini pernah dimenangi olehtokoh-tokohseperti David Cameron, PerdanaMenteri UK dan Larry Page, pengasas Google.

10) Steven aktif dalam menulis terutamanya dalam isu-isu seperti keadilan sosialdan gender, demokrasi tempatan dan perancangan bandar serta pembangunan. Pada Jun 2012, beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics”. Buku tersebut mendapat pujian antara lain oleh tokoh United Nations.