KL2017: Go for Gold!!

Pulau Pinang bangga dengan kontinjen Sukan SEA Malaysia di KL2017

Mohamad Syahir Rosdi, umur 21 tahun, merupakan tekong sepak takraw pasukan Malaysia di Sukan SEA. Beliau tinggal di kawasan Air Itam, Pulau Pinang.

Mohd. Syahir bersekolah di SRK Air Itam dan kemudian dipilih ke sekolah sukan Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian.

Pada tahun 2015, dalam umur muda 19 tahun, beliau telah menang pingat emas 🥇Sukan SEA di Singapura!

Kita mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Mohd Syahir dan pasukan beliau di KL2017!

Pulau Pinang ada 54 orang atlet dalam kontinjen Sukan SEA Malaysia tahun ini. 💪🏽💪🏽💪🏽

#Go4Gold #I❤Penang #I❤Malaysia