Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang digambarkan anti Islam turut mengecam pembunuhan beramai-ramai orang Rohingya di Myanmar.

Atas faktor kemanusiaan, tegasnya, Kerajaan Myanmar sepatutnya berusaha menghentikan anasir pembunuhan etnik atau pengusiran warga Rohingya dari tanah air mereka, yang berlaku sehingga kini.

“Kita mengecam kezaliman yang berlaku ke atas kumpulan Rohingya di Myanmar.

“Ini adalah satu isu kemanusiaan, bukan lah isu agama atau isu kaum.

“Tentulah kita mengharapkan pembunuhan ini dihentikan oleh Kerajaan Myanmar,” tegasnya pada sidang media di sini petang tadi.

Pautan video: https://youtu.be/w8-rlqVUo8M

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING
Video : AHMAD ADIL MUHAMAD

Berita: https://goo.gl/vyb8C6