Kenyataan Akhbar oleh EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh di Komtar, George Town pada 21.8.2017

Saya dan keluarga saya terkejut serta marah membaca laporan akhbar palsu di Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star serta akhbar Cina yang diketuai oleh Sin Chew Jit Poh dan Guang Ming Daily bahawa wang tunai berjumlah RM2 juta dalam empat akaun bank peribadi saya telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adalah salah bagi maklumat sedemikian untuk didedahkan atau diterbitkan di akhbar, terutamanya apabila saya tidak dimaklumkan dan hanya membaca tentangnya di akhbar-akhbar BN. Saya baru sahaja keluar dari hospital selepas mengambil cuti sakit. Saya terkejut bagaimana surat khabar kawalan BN boleh mendapat akses kepada maklumat ini. Adakah media kawalan BN ini mendapat maklumat

daripada pihak SPRM atau mereka-reka pembohongan ini untuk merosakkan karier politik saya dan cuba untuk menjatuhkan Kerajaan

Negeri Pulau Pinang? SPRM harus tampil untuk membersihkan perkara ini dan nyatakan sama ada terdapat kebocoran atau tidak dan jika berlaku sedemikian, ambil tindakan yang bersesuaian.

Saya belum diberikan sebarang notis oleh SPRM yang akaun peribadi saya telah dibekukan. Apabila peguam saya, YB Rayer meminta untuk bertemu dengan pegawai SPRM pada hari ini berkaitan kes tersebut, SPRM telah memberitahu Rayer bahawa mereka tidak dapat

melakukannya pada hari ini tetapi hanya dapat berbuat demikian pada hari lain. Saya tidak mempunyai RM2 juta seperti yang dilaporkan dalam akaun bank peribadi. Saya akan memfailkan saman fitnah terhadap akhbar-akhbar media Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina yang dikawal oleh Barisan Nasional ini yang bertujuan untuk menghancurkan reputasi saya dan integriti serta mencemarkan imej baik Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Saya akan mengarahkan peguam saya untuk memfailkan notis tuntutan dengan segara untuk melindungi keluarga saya, membersihkan nama saya dan menghalang BN daripada meneruskan konspirasi jahat mereka untuk mencemarkan nama baik serta imej bersih Kerajaan Negeri Pakatan Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Setakat ini, saya telah mematuhi semua arahan yang telah diberikan olehSPRM. Saya akan terus berbuat demikian, walaupun SPRM telah menahan saya secara haram dengan perintah reman yang tidak sah selama 3 hari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan barisan EXCO, rakan-rakan parti dan penyokong yang telah memberikan sokongan mereka semasa tempoh yang sukar ini, dan percaya yang saya tidak bersalah terhadap tuduhan rasuah tersebut.

Ini adalah konspirasi politik jahat terhadap saya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya mengulangi sekali lagi bahawa saya bersih dan bebas daripada rasuah. Saya tidak mengambil apa-apa wang daripada kilang pemprosesan penapis karbon yang tidak berlesen di Sungai Lembu. Malah, saya dan keluarga saya juga tidak mempunyai kepentingan peribadi di kilang tersebut dan pemilik kilang tersebut juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya.

Saya berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang dengan jujur, dalam kapasiti saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang yang dipilih oleh rakyat. Sebarang surat yang ditulis oleh saya dilaksanakan semasa saya menjalankan tugas sebagai Ahli EXCO Pulau Pinang. Saya dan keluarga akan terus melawan pembohongan ini untuk membersihkan nama saya.

PHEE BOON POH

Regards,
Josephine Tan (Jo)

Pegawai Khas / Special Officer (N41)

AMMK Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

Penang State Executive Councilor (EXCO) for Welfare, Caring Society and Environment.

(b/p : YB Tuan Phee Boon Poh)

Tel : 04-6505450 , Fax : 04-2618745

P  Please consider the environment before printing this email