Kegagalan BN telah membawa kesusahan yang melampau terhadap warga Pulau Pinang, yang juga merupakan pembayar cukai.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memastikan pembekalan Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis ‘A’ dan ‘B’ (Kos Rendah dan Sederhana Rendah) yang mencukupi untuk warga Pulau Pinang.

Dari segi ini, ia juga perlu diingatkan bahawa kerajaan Pakatan telah membekalkan 20,887 unit RMM Jenis ‘A’ dan ‘B’ (Kos Rendah dan Sederhana Rendah) dari tahun 2008 hingga 2016 berbanding dengan jumlah 5,124 unit RMM Jenis ‘A’ dan ‘B’ (Kos Rendah dan Sederhana Rendah) disediakan oleh BN dari tahun 2000 hingga 2007.

Selanjutnya berhubung persoalan dengan Projek Perumahan Rakyat (PPR), kami mencabar Kerajaan Persekutuan untuk menjawab di manakah lokasi projek tersebut akan dibina memandangkan terdapat kekurangan yang tidak mencukupi di Pulau Pinang berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Sehubungan dengan ini, kami telah mencadangkan tapak untuk pembinaan PPR tersebut. Akan tetapi tiada maklum balas yang diterima setakat kini.

Cukup dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan. Kami sedia menunggu sebagai pembayar cukai untuk berita positif dari Kerajaan Persekutuan.

Berita: https://goo.gl/Ftc5QP

Sila sebarkan!

#SayaSayangPulauPinang #PakatanHarapan