FAKTA Kampung Mutiara

1) Tanah dijual kepada pemilik swasta zaman Barisan Nasional tahun 1994

2) Pemilik swasta ingin mengambil balik tanah untuk pemajuan. Notis pengusiran pertama diberi kepada penduduk pada 2008

3) Kerajaan negeri Pulau Pinang menghentikan pengusiran dan memberi amaran bahawa sebarang permohonan untuk pemajuan akan ditolak jika tuntutan penduduk tidak dipenuhi

4) Timbalan Ketua Menteri PP YB Dato Rashid dan Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Zairil Khir Johari mengadakan rundingan berkali-kali dengan pemilik swasta bagi pihak penduduk kampung

5) Pada 10.07.2017 kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan notis pengambilan tanah mengikut sek 4A Akta Pengambilan Tanah untuk membeli tanah tersebut daripada pemilik

6) Pihak mahkamah menolak notis kerajaan negeri dan memberi arahan untuk pengusiran

7) Kerajaan negeri dengan kerjasama JKKK Batu Feringghi, NGO dan parti politik, termasuk UMNO Bukit Bendera, berjaya menghentikan pengusiran penduduk Kg Mutiara pada 31.07.2017.

Usaha sama secara professional tanpa bermain politik oleh kerajaan Pakatan Harapan dan UMNO Bukit Bendera telah menyelamatkan penduduk Kg Mutiara dari pengusiran.

Sebarkan!

#LawanFitnah #SayaSayangPulauPinang #Harapan