Displaying posts categorized under

B. Malaysia

Kemajuan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Setakat 16.7%, Dan Menyeru Bilangan Subkontraktor Pulau Pinang Dinaikkan Kepada Lebih 50% Berbanding 24.5% Sekarang

Kementerian Kerja Raya diminta untuk menambahkan bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5% sekarang kepada lebih 50%. Tambahan subkontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada subkontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek 4.5 billion ringgit yang bertapak di negeri mereka sendiri. Bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada saya dalam jawapan bertulis di Parlimen :-

Ucapan PAS dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010

(السلام عليكم ورحمةالله وركاته والسلام على من اتبع الهدى ( سلام سجهترا

Saudara/saudari yang dihurmati sekelian

Nikmat terbesar yang dilimpah Allah kepada kita manusia adalah menjadikan manusia sebagai KHALIFAHNya di bumi. Hal ini tercantum dalam firmanNya :

وهوالذى جعلكم خلائف الارض ورفع بعضكم فوق بعض درجات ليبلوكم فى ما أتاكم ان ربك سريع العقاب وانه لغفور رحيم

Ucapan Steven Sim (Wakil Pemuda Pakatan Rakyat) dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menyokong satu resolusi untuk membina belia dan beliawanis yang berpengetahuan, bersahsiah dan dinamik agar dapat melibatkan diri dalam pembangunan negara dengan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun dan memantapkan peluang pendidikan, menghapuskan faedah untuk pinjaman pendidikan serta memantapkan tenaga pengajar cemerlang.

Resolusi-resolusi yang Diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

Ekonomi Semasa & Perumahan
Dibentangkan oleh Wanita Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyokong penuh pendekatan pembangunan ekonomi negeri merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-job) dan mengatasi masalah kemiskinan (pro-poor) agar mewujudkan kekayaan dan memastikan ia dapat dikecapi oleh semua.

Datuk Seri Rais Yatim perlu buktikan bagaimana Melaka telah menjadi begitu pro-aktif berbanding Pulau Pinang dalam mempromosi tapak warisan dan seni

Menteri Penerangan, Kominukasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim perlu mendedahkan bukti yang boleh menyokong dakwaan beliau bahawa Melaka begitu pro-aktif berbanding Pulau Pinang dalam mempromosi pemuliharaan warisan sejak 2008, dan bukannya buat serangan hentam keromo yang tidak berasas dan lebih bermotif politik untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sekiranya benar Melaka buat lebih baik daripada Pulau Pinang maka Pulau Pinang bersedia untuk belajar dari kejayaan Melaka itu. Namun begitu, para pegawai kementerian Rais sendiri telah memuji kerja-kerja pemuliharaan warisan yang dijalankan oleh Pulau Pinang semenjak George Town tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Kong Cho Ha harus menjelaskan apa salahnya MMC-Gamuda JV Sdn. Bhd. mengeluarkan surat jaminan bagi melindungi kepentingan awam berhubung masalah banjir tatkala Kementerian Pengangkutan boleh mengeluarkan surat jaminan untuk syarikat swasta membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.85 bilion

Keterujaan pemimpin MCA dalam projek-projek mega berbanding kepentingan rakyat merupakan budaya yang sangat tidak sihat. Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha terus mengeluarkan kritikan tidak berasas ke atas arahan berhenti kerja Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP) bernilai RM13 bilion walaupun arahan berhenti kerja itu telah ditarik balik apabila kontraktor mematuhi permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengeluarkan surat jaminan bertulis bagi melindungi warga awam dengan langkah-langkah mencegah banjir.

Selamat menyambut Aidil Adha 1431 Hijrah

Salam Aidil Adha saya ucapkan dari hati kecil ini buat semua umat Islam terutamanya mereka yang menunaikan fardhu haji di Makkah pada tahun ini. Semoga Allah SWT merahmati ibadah mereka dengan haji mabrur yang diterima Ilahi.

Aidil Adha atau Hari Raya Korban adalah hari yang suci dan penting untuk umat Islam menginsafi betapa perlunya pengorbanan dalam hidup dan dalam perjuangan. Saya difahamkan bahawa pengorbanan bukan sahaja bererti korban nyawa dan harta benda tetapi ia juga membabitkan pengorbanan jiwa dan sanubari. Ini bererti kita perlu berkorban demi kebenaran untuk menolak kemungkaran, kepalsuan dan pembohongan.

SUHAKAM perlu audit 2600 rumah kebajikan tidak berlesen

Pertama sekali, saya ingin menyeru supaya SUHAKAM segera menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meninjau keselamatan kanak-kanak di rumah kebajikan ataupun “shelter” di seluruh Negara. Pada 27 Oktober yang lalu, seorang remaja autistik bernama Brian Goh Kah Heng telah mati dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual di rumah kebajikan yang tidak berdaftar. Seminggu selepas itu, seorang sukarelawan di sebuah lagi rumah kebajikan yang lain telah mengaku dia pernah mencabuli kehormatan sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.

Parti Cinta Malaysia & UMNO – Demo ‘Goyang’ Liar & Ganas (Video)

During the presentation of the budget by Chief Minister Lim Guan Eng, a group of noisy, wild and confused protestors created a scene and caused a traffic jam.

It started with one individual from Parti Cinta Malaysia, Tham Weng Fatt who was upset he could enter the compound of the Dewan Undangan Negeri. He shouted that during the Barisan Nasional administration, anyone can walk into the compound and eat at the table set outside. He shouted, yelled and shook the locked gate violently. Reporters tried to tell him that the entrance is at the guardhouse which is a few feet away from the locked gate but he ignored them.

Karpal desak Azhar Ibrahim didakwa ikut Akta Hasutan

Ahli parlimen veteran, Karpal Singh mahu ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim diheret ke mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 6 Mei lalu.

Semalam, DUN Pulau Pinang menggantung Azhar untuk selama enam bulan.

Kami Mempertahankan Program Penghargaan Warga Emas!

Lebih 100 warga emas yang berbangsa Melayu di Kampung Melayu, Air Itam mempertahankan Kerajaan Negeri untuk teruskan Program Penghargaan Warga Emas dalam suatu sidang media bersamaan dengan Y.B. Wong Hon Wai, ADUN bagi Air Itam dan Y.B. Yeoh Soon Hin, ADUN bagi Paya Terubong pada 30 Oktober 2010.

Kabinet UMNO dalam Kabinet Malaysia

Lima bulan selepas kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum 2008, kerajaan pusat Barisan Nasional telah menubuhkan Majlis Ekonomi Negara.

Menurut jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan saya di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2010, Majlis Ekonomi mempunyai fungsi “sebgai badan penasihat kepada kerajaan untuk menangani kesan daripada pengucupan ekonomi global ke atas ekonomi Negara dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi tempatan”.

Pakatan Rakyat Pulau Pinang bela nasib Melayu

DAP kesal dengan fitnah UMNO yang mendakwa Melayu Pulau Pinang berada dalam keadaan krtitikal. Dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga bersifat perkauman – taktik politik yang biasa diamalkan oleh kebanyakan para pemimpin UMNO.

Pembohongan yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini hanya propaganda UMNO yang gila kuasa dengan angan-angan mahu mengambil jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Seolah-olah apabila UMNO dapat menguasai Pulau Pinang dan wakilnya menjadi Ketua Menteri, semua masalah orang Melayu akan selesai.

Kerajaan Perlu Ambil Alih Konsesi Tol

Hutang Kerajaan Persekutuan tahun ini meningkat lebih 10 peratus berbanding 2009 yang didapati membebankan rakyat dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kesan ketidakcekapan pengurusan kewangan oleh Kerajaan Pusat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion dan meningkat lebih RM408 bilion tahun ini.

Pertanyaan yang Ditolak Kerana “Rahsia”

Saya terkejut apabila satu soalan yang saya kemukakan untuk Dewan Rakyat telah ditolak dengan alasan “rahsia”. Bagi saya soalan itu adalah bersifat am dan penting untuk menunjukkan kepada rakyat bagaimana Kerajaan membelanjakan wang secara telus.

Saya dimaklumkan oleh Datuk Roosme Binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, dalam sepucuk surat bertarikh 8hb Oktober 2010, bahawa soalan saya kepada Menteri Pertahanan telah ditolak.

Laporan Keratan Akhbar Isu Pengambilan Balik Tanah di Pondok Upeh Seperti yang Dipamerkan di Akhbar the Star dan Berita Harian – 7 Oktober 2010

Adalah saya memaklumkan bahawa pengambilan balik milik tanah di Pondok Upeh bagi tujuan awam mendirikan hub pendidikan cemerlang Pulau Pinang telah diwartakan pada 27 Ogos 2009 di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan 1960. Pada peringkat ini Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya telah pun mengeluarkan Award (Borang H) kepada tuan tanah iaitu Gin Poh Holdings Sdn. Bhd. pada 8 September 2010. Lot-lot tanah terlibat telah dibuat penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pulau Pinang dan pihak Pentadbir Tanah telah membuat Award tersebut berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Malaysia Pulau Pinang.

Sumbangan RM100 bukan wang haram: Boon Poh

Jangan khuatir dengan wang RM100 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada warga emas, khususnya yang beragama Islam.

Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh berkata RM100 bukan ‘wang haram’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Karpal: Penghakiman bertulis mesti dalam BM

Peguam kanan Karpal Singh membangkitkan isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan hari ini dengan menegaskan bahawa semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata, para hakim harus memenuhi syarat-syarat Akta Bahasa Kebangsaan, dan bahawa “semua penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris hendaklah diisytiharkan batal dan tidak sah”.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun

UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Program Penghargaan Warga Emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, UMNO mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang memberi manfaat kepada rakyat.

Perutusan Hari Malaysia

Selamat menyambut Hari Malaysia. Hari ini adalah hari yang istimewa buat kita semua. Gagasan Malaysia menjadi harapan untuk membawa rakyat ke arah perpaduan yang lebih erat dengan perkongsian sumber-sumber alam serta pembangunan yang lebih adil agihannya.

Sayangnya, setelah 47 tahun pembentukan Malaysia, kekayaan sumber alam Sabah dan Sarawak tidak dimaanfatkan dengan adil dan sempurna. Sehingga hari ini masih ramai rakyat Malaysia di kedua-dua negeri itu hidup dalam keadaan daif dan menyedihkan. Dalam pada itu pula, ada juga pihak-pihak tertentu yang mengaut keuntungan besar dari kedua-dua negeri itu tanpa mempedulikan nasib rakyat anak negeri.

Perutusan Syawal 1431 Hijriah Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Liew Chin Tong

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, saya ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin kepada umat Islam di kawasan Bukit Bendera. Marilah kita perkuatkan azam dan tekad untuk memperbaharui perpaduan serta bersama-sama menolak politik perkauman bagi membina sebuah negara yang penuh nilai-nilai murni seperti adil, amanah dan sejahtera.

Saya berharap semoga 1 Syawal 1431H akan membawa kegembiraan kepada semua sebagai tanda meraikan kejayaan menahan diri dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Tuhan termasuk makan dan minum di siang hari selama sebulan, yang saya anggap bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tanpa taqwa yang tinggi kepada Tuhan.

DAP Mengutuk Rancangan Paderi Terry Jones (AS) untuk Membakar Kitab Suci Al-Quran

DAP dengan sekeras-kerasnya mengutuk rancangan sebuah gereja di Amerika Syarikat (AS) untuk membakar beratus-ratus naskhah kitab suci Al-Quran dalam usahanya memperingati ulang tahun kesembilan serangan pengganas Al-Qaeda pada 11 September, yang memaksa bangunan terkenal, World Trade Center (WTC) di New York tunduk menyembah bumi..

Tindakan sedemikian hanya akan mencetuskan lebih banyak kebencian dan keganasan di kalangan orang yang berbeza kepercayaannya.

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1431H Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 9.9.10

Salam Hari Raya Aidil Fitri 1431H saya hulurkan kepada semua umat Islam di Malaysia serta selamat bercuti kepada semua warga Malaysia. Semoga 1 Syawal yang mulia ini dapat memberi berkat dan rahmat buat kita semua.

Sempena Syawal sebagai bulan suci bagi umat Islam untuk membersihkan diri dari segala gejala buruk, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf jika ada salah silap yang sememangnya tidak disengajakan.

107,620 warga emas P Pinang terima sumbangan

Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang mengambil peduli kebajikan rakyat, pentadbiran pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu turut mewujudkan satu skim sumbangan jenazah atau kematian yang membabitkan sumbangan wang sejumlah RM1,000 kepada waris atau keluarga warga emas terdekat yang meninggal dunia.

Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear?

Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Peter Chin, hari ini diasak berhubung keupayaan kerajaan menjamin keselamatan orang awam sekiranya negara meneruskan hasratnya menubuhkan sebuah loji tenaga nuklear.

“Bagaimana kita pastikan stesen nuklear itu akan selamat, sedangkan stadium, masjid dan stesen bas yang kita bina juga runtuh?” soal ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika sessi soal jawap di Dewan Rakyat.