Bahagian 1:
Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang meyokong kenyataan Ahli Parlimen UMNO Sri Gading Mohd. Aziz semasa perbahasan bajet beliau bahawa Tan Sri Koh Tsu Koon patut meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sudah sekian lama Pakatan Rakyat menyuarakan bahawa Koh tidak layak sama sekali memegang jawatan Menteri dan apatah lagi Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Penunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI).
Antara faktor utama ialah beliau telah gagal membawa pembangunan yang sebenar kepada negeri Pulau Pinang semasa hampir 20 tahun menerajui Kerajaan Negeri. Di bawah pentadbiran Koh, Pulau Pinang telah dibelenggu kes-kes penipuan tanah yang menelan belanja berjuta-juta Ringgit wang Rakyat, kerugian RM200 juta pihak berkuasa tempatan dan kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah negeri yang jauh rendah daripada kadar pertumbuhan kebangsaan (Pulau Pinang 2.5%; Kebangsaan 6.6%).
DAP tidak akan menumpukan kempen kepada kaum Cina sahaja pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, walaupun menyedari undi daripada masyarakat ini boleh mengimbangi undi pos yang bakal diperoleh Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata ini kerana kempen kali ini dijalankan secara berpasukan dan akan meliputi kaum India dan Melayu yang menjadi pengundi majoriti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Kita tidak akan khususkan kepada undi satu kaum sahaja, kita hendak tukar minda yang hanya cakap dari segi pengundi Cina. Kita mesti melihat dari segi pengundi Malaysia yang berbilang kaum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, pada Ahad.
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang pada 29 September 2009 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang membidas Y.B. Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin.
Terlebih dahulu, DAPSY ingin menegaskan bahawa tiada apa-apa formula baru yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen parti Pakatan Rakyat. Ini merupakan suatu formula berbau perkauman ciptaan Y.B. Mohd Yusmadi Mohd Yusuff sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja.
Kenyataan Media oleh Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 26 September 2009 (Sabtu) di Georgetown, Pulau Pinang:
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 3 Oktober 2009 (Sabtu) jam 9.30 pagi dan bertempat di Dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam Majlis Rumah Terbuka ini untuk turut menyambut Hari Raya Aidilfitri yang amat bermakna bagi umat Islam di negara kita.
Ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk memupuk hubungan siratulrahim di kalangan umat Islam dengan bukan Islam selain daripada menghargai sumbangan umat Islam terhadap pembangunan negeri serta pembangunan insan yang berakhlak.
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR pada 25 September 2009 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang:
Tindakan Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pulau Pinang yang mencabar Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk berdebat dengan mereka atas isu Kampung Buah Pala amat melucukan, di mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon dan bukannya Lim Guan Eng merupakan dalang di sebalik isu tersebut.
Jikalau pemimpin-pemimpin Pemuda Gerakan berikhtiar untuk mengembalikan kebenaran bagi isu ini, mereka sepatutnya menampilkan Koh Tsu Koon untuk berdepan dengan rakyat jelata, termasuk membongkarkan tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO yang bersubahat dengan pihak-pihak tertentu untuk menggadaikan kepentingan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala melalui pemindahmilikan tanah tersebut.
Sekiranya Ketua Menteri tidak takut akan UMNO, mengapa beliau perlu berasa takut untuk berdebat dengan pemimpin-pemimpin Gerakan? Namun, adalah lebih baik untuk Ketua Menteri terus berdebat dengan bekas Ketua Menteri yang terus melibatkan diri dalam segala proses perbincangan untuk meluluskan urusniaga tanah tersebut atas sebab Koh Tsu Koon sememangnya dalang sebenar yang mengetahui segala-segalanya dan bukan Pemuda Gerakan yang masih perlu disusukan dalam pangkuan ibu partinya.
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 23 September 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang:
Saya ingin menegaskan bahawa Keretapi Bukit Bendera (KBB) tidak mengalami kerosakan kali kedua, seperti yang dilaporkan oleh sesetengah media.
KBB hanya mengalami kerosakan pada 21 September 2009 (Isnin) dari jam 6.45 petang sehingga 10.15 malam dan tiada kerosakan berlaku pada keesokan harinya, sehingga perkhidmatannya terpaksa tergendala buat kali kedua.
Pada 21 September 2009 jam 6.45 petang, perkhidmatan KBB tergendala akibat dua suis yang mengawal kelajuan dan “censor” keretapi di stesen atas Bukit Bendera mengalami kerosakan. Pihak KBB telah memanggil kontraktornya untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan serta-merta.
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR pada 21 September 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang:
Dr. Teng Hock Nan, Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang cuba melepaskan tanggungjawabnya dengan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas masalah kontraktor yang tidak berupaya menangani longgakan sampah sarap di stesen pemindahan sisa pepejal di Batu Maung ekoran daripada masalah sistem yang dihadapi oleh tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.
Pada hakikatnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dapat melantik kontraktor-kontraktor yang baru untuk menggantikan mana-mana kontraktor yang kurang cekap dalam mengendalikan operasi mereka atas sebab Kerajaan Persekutuan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada tahun 2007 dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Gerakan pada masa tersebut.
Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen DAP Bukit Mertajam ingin menyuarakan kebimbangan dan serta mengecam kes keganasan dan ugutan politik yang semakin berleluasa di Negara kita. Jawatankuasa menyeru supaya pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap semua kes ancaman dan ugutan politik serta mengambil tindakan serta merta bagi menghentikan budaya keganasan dalam politik.
Khususnya, Jawatankuasa mengecam tindakan mereka yang telah mengancam Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail, dengan bahasa kesat dan ugutan untuk merogol beliau semasa dialog antara Kerajaan Negeri dan penduduk Seksyen 23 Shah Alam di Selangor. Tindakan tersebut telah melampaui batas kemanusiaan dan moral serta berunsurkan keganasan. Jawatankuasa menyokong penuh YB Puan Rodziah untuk mendapatkan keadilan dalam kes ini.
Pidato Ramadhan Tarikh: 12 Sept, 2009 (Sabtu) Masa: 10 malam Tempat: Markas PAS, belakang Masjid Jelutong
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang pada 22 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang: Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan penuh terhadap Ustaz Mohd Salleh Man, calon Pakatan Rakyat yang mewakili Pas dalam Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir. Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang adalah [...]
DAP Negeri Pulau Pinang melancarkan undian online supaya orang ramai dapat mengundi calon pilihan mereka walaupun mereka mungkin tidak berpeluang mengundi dalam Pilihan Raya Kecil bagi Permatang Pasir (N11), Pulau Pinang.
Undian online tersebut bermula hari ini sehingga 24 Ogos 2009 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Dalam tempoh tersebut, sesiapa yang berminat boleh membuat pilihan calon mereka melalui laman web DAP Negeri Pulau Pinang (http://dappg.org).
Kenyataan Media oleh Steven Sim Chee Keong, Bendahari Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 19 Ogos 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa terperanjat atas pendedahan Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam tentang tindakan Majlis Peguam ke atas salahlaku Rohaizat Othman, calon UMNO bagi Pilihan Raya Kecil [...]
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pada 13 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berasa amat kesal dengan siasatan polis ke atas Y.B. Anthony Loke, Ketua DAPSY dan Y.B. Jeff Ooi, Ahli Parlimen bagi Jelutong atas dakwaan bahawa mereka memburukkan Kesultanan Perak dan [...]
Tarikh :- 16 ogos 2009 (Ahad) Masa :- 9.00 malam Tempat :- Kompleks Pasar Awam (Market Baru) Kongsi Balik Pulau (Bersebelahan Stesen Bas Rapid)
Ucapan Perbahasan Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR ke atas Usul Kerajaan Negeri Pulau Pinang: Dato’ Speaker, Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas usul Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbunyi seperti berikut: “Bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah segera meminda seksyen 10 [...]
Majlis Penerangan DSAI 07 OGOS 2009 9.00 malam Dewan Balora Mastika Kongsi Balik Pulau
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR pada 3hb Ogos 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang: Saya berasa amat kesal dengan sikap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Penang Sdn. Bhd. Azhar Ahmad yang tidak memberi perhatian serius terhadap hasil soal selidik yang kami lakukan terhadap tahap perkhidmatan bas Rapid Penang [...]
Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng Di Georgetown Pada 31.7.2009: Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada pagi ini menyampaikan salam takziah kepada Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman, ADUN Permatang Pasir yang kembali ke rahmahtullah pada pagi tadi jam 6.10 di Institut Jantung Negara [...]
Tarikh | Date | 日期: 31-07-09 Masa | Time | 时间: 8.30 pm Tempat | Venue | 地点: YB Chong Eng Service Centre, Kg Baru | 章瑛国会议员甘榜巴鲁服务中心
Kenyataan Akhbar Ng Wei Aik Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang pada 24hb Julai 2009 di Georgetown Pulau Pinang. Dengan pengenalan tinjauan dalam talian minggu lepas untuk menerima pandangan pada isu Kampung Buah Pala, DAP Pulau Pinang telah memperkenalkan satu pengundian kedua, untuk membenarkan orang ramai terutama orang Pulau Pinang memberi pendirian mereka kepada Kampung Buah [...]
FORUM PERDANA MENYOKONG KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK 沉冤待雪!还我公正! --声援赵明福论坛 PUBLIC FORUM: JUSTICE FOR BENG HOCK, REFORMING MALAYSIA Tarikh / 日期 : 21.07.2009 ( Selasa / 星期二) Masa / 时间 : 8.00 p.m. / 晚上8时 Tempat / 地点 : Kompleks Masyarakat Penyayang 爱心大厦 Jalan Utama, 10450 Pulau Pinang
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2009 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang: DAP Pulau Pinang akan melancarkan undian online terhadap isu Kampung Buah Pala setiap minggu mulai hari ini. Inisiatif ini bertujuan untuk meninjau pendapat serta mengupas pandangan rakyat jelata terhadap isu-isu yang berkaitan dengan [...]
Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 10hb Julai 2009 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat pertama Majlis Eksekutif Negeri (MEN) yang diadakan pada 8 Julai 2009 di Bukit Mertajam telah melantik ahli-ahli MEN yang baru untuk melahirkan suatu [...]
Kenyataan Media oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 29 Jun 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berasa kesal terhadap tindak-tanduk penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 28 Jun 2009 oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. [...]

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my
