Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh [...]
Perutusan Tahun Baru 2012 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 31.12.2011
Mari Kita Memeluk Masa Depan Pulau Pinang Yang Lebih Bersih, Hijau Dan Selamat Dan Yang Membawa Rezeki Kepada Mereka Yang Bekerja Secara Kuat, Jujur Dan Bijak.
Selama hampir 225 tahun sejak Pulau Pinang mula muncul dalam persada dunia, nasibnya telah mengalami kemakmuran dan juga kemerosotan. Pulau Pinang makmur apabila kita sedar bahawa sesuatu negeri tanpa apa-apa sumber asli haruslah bergantung kepada sumber manusia dan pembangunan modal insan. Pulau Pinang merosot apabila kita lupa bahawa sumber keistimewaan negeri kita merupakan tenaga, kepakaran dan daya kesusahawanan rakyat kita.
随着师资问题被揭严重短缺,民主行动党副秘书长章瑛今天促请教育部部长慕尤丁和副部长魏家祥以学生利益为重,先解决问题才度假。“许多部长髙官将在未来两周出外渡假,不过基於7000个教师空缺若不及时填补恐会影响许多学校的行政和教学,对数以万计的学生帶来影响,因此,慕尤汀和魏家祥应以民务为本,先解决师资不足后才去渡年假。”
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk ‘Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak harus menunjukkan bukti bagi amaran ganasnya kepada orang bukan Melayu yang tidak bersalah supaya tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu, dan sekiranya gagal beliau harus keluarkan sijil kematian untuk 1Malaysia. Najib telah mengejutkan seluruh negara apabila memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di Shah Alam semalam. Beliau memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya “jangan sesekali mereka mencuit perasaan orang Melayu dengan nak ubah apa termaktub dalam perlembagaan kita”.
Saya telah dimaklumkan oleh Yang Di-pertua Dewan Rakyat pada hari ini bahawa usul khas saya membahaskan krisis penamatan perkhidmatan bas berhenti-henti di Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Pahang telah ditolak.
Yang Di-pertua Dewan Rakyat menolak usul saya dengan alasan bahawa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengambil langkah-langkah segera dengan mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha bas yang memberhentikan perkhidmatan bas.
Siri Forum Sayangi Pulau Pinang – MASA DEPAN SISTEM 2-PARTI 捍卫槟州系列论坛 – 政治新格局看槟州两线制 Tarikh:23-11-2011 Masa:7.30pm Tempat:Persatuan KHEK Pulau Pinang, 34, Burma Road. 槟州客属公会,车水路 联络电话:04-2298482
MCA hari ini dicabar supaya menarik balik cadangan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara daripada mengundi menerusi pos yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya.
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu berbuat demikian, kerana Chua mendakwa bahawa apa yang disampaikan oleh wakil parti itu adalah tidak tepat.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari tahun depan, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi demi survival politiknya.
Katanya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa cubaan menikam Najib seperti penerbitan sebuah buku yang membidas pentadbirannya dilakukan oleh ahli-ahli dalaman Umno sendiri.
Jeff Ooi akan dedah bukti ‘penipuan’ projek 2007 Ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi akan mendedahkan bukti dakwaan berlaku penipuan dalam sebuah projek pembangunan di Pulau Pinang yang bermula sejak tahun 2007 – sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri itu.
Dengan penuh ikhlas dan rasa rendah diri, saya mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga 1 Syawal 1434 Hijrah demgan harapan baru untuk menjalankan tugas kerja masing-masing dengan penuh bertanggungjawab dan melawan sebarang kemungkaran.
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berusaha menunaikan kewajipan kami kepada rakyat dengan urustadbir CAT – Cekap, Akauntabel dan Telus yang berlandaskan “amar maaruf nahi mungkar”. Urustadbir baik dan cekap ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan negara seperti oleh Lapuran Ketua Audit Negara dan perunding dana kewangan Tan Siok Choo. Malah Pulau Pinang baru ini dipuji oleh majalah ekonomi antarabangsa “The Economist” dan Transparency International atas usaha melawan rasuah dan mengamalkan sistem tender terbuka.
Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menunjukkan perdana menteri itu sedang mengalami nasib yang serupa dengan pemimpin yang digantinya, kata penganalisis DAP Liew Chin Tong.
Menurut badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center hari ini, sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun.
Desakan ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor yang mahu PKR menyerahkan sekurang-kurangnya enam kerusi kepada pemimpin Melayu DAP tidak mencerminkan pandangan kepimpinan pusat parti itu, kata pengerusinya Karpal Singh.
Malah, menurut Karpal kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan tidak wajar.
“Kenyataan Zulkifli dibuat secara spontan yang tidak signifikan,” kata Karpal dalam satu kenyataan akhbar.
Pengerusi Pergerakan Wanita MCA Negeri Pulau Pinang Tan Cheng Liang mempersoalkan rasional kenapa projek-projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak diberikan kepada kontraktor Cina sekali lagi terbukti bahawa lidah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional bercabang dua.
Pemimpin-pemimpin BN cuba bermain sentimen perkauman dengan UMNO mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mendiskriminasikan golongan Melayu atau Bumiputera manakala MCA pula mendakwa kami mendiskriminasikan golongan Cina.
Ahli falsafah Yunani Plato berkata bahawa “kita boleh memaafkan kanak-kanak yang ketakutan ketika gelap; tragedi hidup yang sebenar ialah apabila manusia takutkan cahaya”.
Ia akan muncul di Malaysia, di mana lelaki yang memegang jawatan tinggi takut untuk berdepan dengan sekumpulan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk memperjuangkan hak- hak asasi mereka untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat dalam menangani permasalahan seperti kelemahan pilihan raya. Saya ingin mengulangi pendirian DAP dalam menyokong demonstrasi secara aman dan mengutuk demonstrasi ganas.
Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.
Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.
Pada 6 Jun 2011, Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel-artikel bertajuk “DAP adakan pilihan raya masjid?” di mukasurat utama dan “Dijangka bermula pertengahan bulan ini / Pilihan raya masjid di P. Pinang?” di mukasurat kelapan, di mana kandungan kedua-dua artikel tersebut cuba mengimplikasikan peranan DAP dalam pelaksanaan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013.
Tempat : Taman Tun Sardon Tarikh : 10/6/2011 Masa : 9 malam Penceramah : YB Dr. Mujahid (Adun Parit Buntar, Perak) YB Jeff Ooi (MP Jelutong, Penang) Siti Aishah Shaik Ismail (Pengerusi Sri Kanti Keadilan Kebangsaan)
Repot Polis oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang & Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR pada 7 Jun 2011 (Selasa) di Balai Polis Jalan Patani:
Pada 6 Jun 2011, Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel-artikel bertajuk “DAP adakan pilihan raya masjid?” di mukasurat utama dan “Dijangka bermula pertengahan bulan ini / Pilihan raya masjid di P. Pinang?” di mukasurat kelapan, di mana kandungan kedua-dua artikel tersebut cuba mengimplikasikan peranan DAP dalam pelaksanaan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui tidak menyedari bahawa pertukaran pinjaman tanpa faedah RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang kepada geran dan maklumat mengenai Perjanjian Penstrukturan Semula Bekalan Air antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimaklumkan kepada umum atau didedahkan kepada pihak luar. Ini adalah berikutan sidang akhbar oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan pada 30 Mei 2011 yang cuba mendapatkan publisiti murahan bahawa geran RM1.2 bilion menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan negeri tidak meminggirkan Pulau Pinang. Teng turut menunjukkan pelan terperinci berhubung projek pembesaran tersebut.
Majlis Penyampaian Insentif Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM tahun 2010 yang dijadualkan pada 21 Mei 2011 (Sabtu) telah ditukarkan tarikh ke 22 Mei 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi di Dewan Tunku, Tingkat 5, KOMTAR.
Perubahan tarikh dan tempat majlis perlu dilakukan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Semua penerima insentif dikehendaki mendaftarkan diri pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Dewan Tunku, Tingkat 5, KOMTAR.
25 pelajar SPM yang memperolehi A+ bagi semua mata pelajaran, 218 pelajar yang memperolehi kombinasi A+ dan A bagi semua matapelajaran dan 20 lagi pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 10A dalam SPM akan diberi insentif dengan sijil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Lim Guan Eng.
Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan menyampaikan anugerah pelajar terbaik bagi 3 calon terbaik daripada setiap kaum dan juga pelajar-pelajar kategori khas/istimewa yang terbaik. Sekolah-sekolah yang memperolehi keputusan terbaik juga akan diberikan anugerah dengan sijil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Majlis Penyampaian Insentif Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM tahun 2010 yang dijadualkan pada 21 Mei 2011 (Sabtu) telah ditukarkan tarikh ke 22 Mei 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi di Dewan Tunku, Tingkat 5, KOMTAR.
Perubahan tarikh dan tempat majlis perlu dilakukan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Semua penerima insentif dikehendaki mendaftarkan diri pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Dewan Tunku, Tingkat 5, KOMTAR.
25 pelajar SPM yang memperolehi A+ bagi semua mata pelajaran, 218 pelajar yang memperolehi kombinasi A+ dan A bagi semua matapelajaran dan 20 lagi pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 10A dalam SPM akan diberi insentif dengan sijil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Lim Guan Eng.
Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan menyampaikan anugerah pelajar terbaik bagi 3 calon terbaik daripada setiap kaum dan juga pelajar-pelajar kategori khas/istimewa yang terbaik. Sekolah-sekolah yang memperolehi keputusan terbaik juga akan diberikan anugerah dengan sijil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal dalam memerangi gejala rasuah, memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti berikutan kegagalan mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia dari anak tangga ke 10 pada tahun 2010 ke tangga 16 pada tahun 2011.
ETP yang menjadi kebanggaan Barisan Nasional telah menunjukkan tanda- tanda kegagalan apabila gagal mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia di bawah Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam daya saing antarabangsa 2011 apabila jatuh 6 anak tangga dari tangga ke -10 pada tahun 2010 ke tangga ke- 16 pada tahun 2011. Jelas sekali ETP tidak berjaya untuk memenangi perang melawan rasuah mahupun memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti.
Kerajaan BN seharusnya menghapuskan terlebih dahulu ‘candu besar’ iaitu pemberian RM19 bilion setahun bagi subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan sektor kuasa komersial sebelum menghapuskan ‘candu kecil’ iaitu subsidi gula, petrol dan diesel untuk rakyat. DAP menentang sekeras- kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna.
Pemerintahan Najib menjangkakan penjimatan sebanyak RM659.3 juta tahun ini dengan menghapuskan subsidi diesel tetapi masih perlu membayar RM116 juta untuk membiayai subsidi sektor pengangkutan awam. Mereka yang terlibat tidak dapat lagi membeli diesel dengan harga RM1.48 per liter tetapi perlu membayar RM1.80 untuk harga pam. Kesemua pembawa kargo, van, lori- lori yang membawa minuman, kapal- kapal yang membawa muatan tepung, barang sejuk beku, tangki air, teksi limousine, van Luton dan kapal laut dalam untuk memancing kategori C-2 akan terpengaruhi oleh kenaikan harga diesel tersebut.

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my