BN TIDAK BOLEH MENAFIKAN LAGI BAHAWA GST TELAH MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA DAN BUKANNYA PENURUNAN HARGA BARANG

BN tidak boleh menafikan lagi bahawa GST telah menyebabkan kenaikan harga dan bukannya penurunan harga barang seperti yang didakwa oleh Timbalan Menteri UMNO, Dato Ahmad Maslan. Sehingga kini, Datuk Ahmad tidak menjelaskan atau menunjukkan bukti untuk membuktikan GST telah menyebabkan penurunan harga. Sebagai tambahan, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam yang memetik kenyataan Dr Ahmed Razman Abdul Latif, Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa sejak 7 tahun yang lepas, harga barang kian meningkat dari RM100 kepada sekurang-kurangnya RM130.

Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat, telah mengumumkan dalam ucapan Belanjawan 2018 beliau pada 19 Februari bahawa kadar GST negara berkenaan akan naik dari 7% menjadi 9% dalam tempoh di antara 2021 dan 2025. Apabila GST pertama sekali diperkenalkan di Singapura, kadarnya hanya pada 3% sahaja.

Ini mengesahkan trend sedunia di mana, apabila GST diperkenalkan, kadarnya hanya akan menaik. Satu-satunya jalan penyelesaian untuk menghalang kenaikan kadar GST adalah menerusi penghapusannya. Inilah janji Pakatan Harapan. Kami akan hapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama kami mengambil alih kuasa pemerintahan, dan kami akan memulihkan Cukai Jualan dan Khidmat (SST).

Sebaliknya, BN terus memuji GST sebagai sesuatu yang diperlukan demi menyelamatkan Malaysia. Pilihannya adalah jelas. Dengan memberikan sokongan kepada BN, GST bukan sahaja akan dikekalkan, malah kemungkinan besar akan dinaikkan kadarnya pada masa hadapan. Hanya dengan menggantikan BN dengan PH, barulah GST akan dihapuskan sama sekali.

Singapura adalah sebuah ekonomi yang berpendapatan tinggi, maka ianya mampu melaksanakan GST. Sesunggunya, Singapura amat berhati-hati apabila memperkenalkan GST pada mulanya, dengan kadar 3% sahaja kerana mereka khuatir mengenai impak negatif terhadap ekonomi negara. Lainlah dengan Malaysia yang mulakan GST pada kadar 6%, mengakibatkan dislokasi ekonomi dan gangguan kadar kehidupan yang menyusahkan rakyat jelata.

CADANGAN KENAIKAN KADAR GST DI SINGAPURA SEHINGGA 9% MENGESAHKAN TREND SEDUNIA DI MANA KADAR GST HANYA AKAN BERTAMBAH NAIK MELAINKAN JIKA IA DIMANSUHKAN

Menurut laporan Bank Dunia, pada tahun 2016, KDNK per-kapita untuk Malaysia adalah USD9,503 sementara untuk Singapura adalah USD52,961. Singapura mampu memperkenalkan GST kerana ekonominya jenis pendapatan tinggi, 5.6 kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia. Inilah sebab mengapa peniaga-peniaga kecil di Malaysia menderita teruk berbanding dengan Singapura.

Ameer Ali Mydin, Pengarah Pengurus untuk rantaian hypermarket yang popular Mydin, berkata bahawa hypermarket dan supermarket di Malaysia yang menguasai 50% pasaran runcit di Malaysia telah mengalami pertumbuhan negatif kerana orang ramai tiada duit. Sungguhpun kadar pertumbuhan KDNK adalah 5.9% pada tahun 2017, jualan runcit telah menurun akibat dari harga barangan yang naik mendadak. Antara barang-barang individu yang dinamakan oleh Mydin adalah harga sayur kobis dari Cameron yang naik 29% dalam tempoh lima tahun ini, ikan kembung hitam yang naik 19.5%, sos cili jenama Maggi yang naik 38.8% dan sardin jenama Ayam yang naik 30.6%.

Ekonomi pendapatan rendah yang memperkenalkan GST pasti mengalami kadar inflasi dan kos kehidupan yang naik melambung. Rakyat Malaysia dari kelas menengah ke bawah mendapati kehidupan mereka telah menjadi lebih miskin secara relatif, di mana kadar kenaikan gaji mereka gagal bertanding dengan kadar inflasi atau kadar pertumbuhan KDNK.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad masih merupakan Perdana Menteri, beliau enggan memperkenalkan GST walaupun pada masa Malaysia menghadapi krisis ekonomi teruk, kerana beliau sedar dengan kesan impak enonomi buruk yang datang bersama GST khasnya terhadap golongan miskin dan perniagaan kecil. Regim BN masa kini tidak peduli dengan masalah ini, dan hanya ingin mencari jalan menutup “lubang kewangan” yang diakibatkan oleh skandal-skandal kewangan, khasnya skandal 1MDB yang bernilai RM52 bilion. Hanya dengan memansuhkan GST, barulah kita dapat memecahkan kitaran GST yang semakin meningkat pada masa akan datang di Malaysia.

LIM GUAN ENG

By | 2018-02-22T01:42:28+00:00 February 22nd, 2018|Media Statements|Comments Off on BN TIDAK BOLEH MENAFIKAN LAGI BAHAWA GST TELAH MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA DAN BUKANNYA PENURUNAN HARGA BARANG

About the Author: