Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk ‘Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.
Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema ‘A People’s Government for the Real Malaysians’ pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai “kewartawanan bertanggungjawab” dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

“Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,” kata Lim.

“Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP.”

Malaysiakini

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan (This post)
  2. Guan Eng wins defamation suit against Utusan
  3. Tunjuk Bukti atau Keluarkan Sijil Kematian untuk 1Malaysia
  4. Prove It or Issue the Death Cert for 1Malaysia!
  5. 挑战首相出示证据来证明或干脆发张死亡证书给“一个马来西亚”!
  6. Najib’s New Army Of Cyber Troopers With A History Of Dirty Tricks Is Proof That The 13th General Election Will Be The Dirtiest Election Yet
  7. 纳吉大玩肮脏把戏的网络枪手军团证明第13届大选将会是史上最肮脏的大选
  8. 飙车族身穿反林冠英黄衣示威 · 与警方起肢体冲突摔钢盔泄愤
  9. 九篇造假文章污蔑林氏父子 冠英政治秘书举报巫统在线
  10. 斥责慕尤丁重复巫统爪牙谎言,林冠英:他怎可以这么残忍?
  11. 举报凯里胸部论诽谤林氏父子,卡巴星警告慕尤丁最好慎言!
  12. 斥巫统部落客造谣毫无根据, 国际棋手澄清不识冠英儿子
  13. 踢爆部落客刊港棋手照片造假, 行动党要凯里为“胸部村”道歉

Leave a Response