DAP cabar MCA tarik balik cadangan pada PSC

MCA hari ini dicabar supaya menarik balik cadangan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara daripada mengundi menerusi pos yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu berbuat demikian, kerana Chua mendakwa bahawa apa yang disampaikan oleh wakil parti itu adalah tidak tepat.

Sekiranya Chua gagal berbuat demikian, kata Lim, ini membuktikan bahawa MCA menyokong untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara, mengundi pada pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam negara."MCA perlu memohon kepada PSC supaya menarik balik memorandum itu. Adakah mereka akan menarik balik atau tidak? Selagi mereka tidak tarik, ia masih berkuatkuasa."Chua Soi Lek melakukan satu perkara lain dan pada masa yang sama bercakap mengenai perkara lain,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Jumaat lalu, wakil MCA Ei Kim Hock (kanan) ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock memberitahu PSC bahawa cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang “meragukan”.

“Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi,” katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.

Sejurus selepas kenyataan itu dikeluarkan, MCA dibidas pelbagai pihak sehingga memaksa Chua untuk membuat penjelasan bahawa Ei telah membuat kesilapan.

Sebaliknya, Chua berkata MCA tidak menghalang cadangan untuk membolehkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara daripada hak untuk mengundi, tetapi bimbang mengenai masalah logistik yang terlibat.

Lim berkata jika benar Ei melakukan kesilapan, maka Chua perlu memohon maaf kepada rakyat di negara ini.

“Hanya kerana saya berada di luar negara, saya tak lagi menjadi rakyat Malaysia? Bukankah saya juga mempunyai hak? Saya dapati bahawa kenyataan itu sangat menghina … mereka harus minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, dan Chua patut memulakannya,” kata Lim.

MalaysiaKini - Lee Long Hui – Nov 14, 2011
http://www.malaysiakini.com/news/181300

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Battle-ready DAP sounds war drums
  2. Guan Eng predicts polls in July at latest
  3. 卡巴星挑战邓章耀“王对王” 林冠英预测最迟在7月大选
  4. 檳行動黨打響首炮 ‧ 爪夷造勢林峰成:沒“亮紅燈”
  5. 温维安孙意志反驳陈清凉 “幽灵选民”言论很幼稚
  6. 凈選盟3.0分享晚會‧“為訴求我們不怕暴力!”‧檳州人期待凈選盟4.0集會
  7. Restoring Local Government Elections in Penang
  8. Teng Chang Yeow Harus Menghormati Pendapat Awam untuk Bertanding Semula di Padang Kota
  9. 響應號召‧百人提早到‧老中少聚舊關仔角靜坐
  10. 欢迎出席明晚净选盟分享之夜 谈你的428经历
  11. 陈清凉指我国的选举是干净的说法,只是在欺骗人民
  12. 火箭领袖变身歌星高唱“乌巴” 700民众挥舞荧光棒疯狂呐喊
  13. DAP menyokong perhimpunan gabungan Bersih dan Himpunan Hijau 3.0 Duduk-Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 jam 2.00 petang sebagai ungkapan demokrasi rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta Malaysia selamat dan bebas daripada pencemaran radioaktif
  14. Myanmar is moving forward
  15. Kempen DAP tarik pengundi Melayu bermula malam tadi
  16. DAP pelik dengan kenaikan pengundi luar bandar
  17. 商场办派对邀公众看双雄辩论 槟行动党与马华比拼场外人气
  18. 批蔡细历辩题只顾单一族群;林冠英愿意再以巫英语辩论
  19. Tunjuk Bukti atau Keluarkan Sijil Kematian untuk 1Malaysia
  20. Prove It or Issue the Death Cert for 1Malaysia!
  21. 挑战首相出示证据来证明或干脆发张死亡证书给“一个马来西亚”!
  22. 加巴星:不步林苍佑后尘 火箭绝不进国阵
  23. 政權保衛戰‧不宜大換血‧檳州火箭99%原任者上陣
  24. 曹觀友:讓人民對民聯有信心‧執政檳州政績做全國楷模
  25. DAP cabar MCA tarik balik cadangan pada PSC (This post)
  26. 马华应撤回反对海外投票建议 林冠英要求蔡细历向国人道歉
  27. Karpal: P'raya umum Januari ini demi 'survival Najib'
  28. 槟国阵尚未定夺子根交棒详情 行动党讥上演槟首长争议2.0
  29. “良政對壘貪腐”宣傳主題出擊‧大山腳火箭戰車啟動
  30. 选区分白灰黑而拨款有到无?刘镇东促首相解释歧视政策

Leave a Response