Tiada Permit Polis Diperlukan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua
Menteri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan
KOMTAR pada 28 Jun 2011 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:
Tiada Permit Polis Diperlukan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Saya ingin menjelaskan bahawa tiada permit polis diperlukan bagi
kedua-dua acara yang akan dianjurkan pada waktu malam 30 Jun 2011
(Khamis) di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya
atas sifatnya merupakan acara anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
serta dianjurkan dalam premis-premis Kerajaan Negeri.
Acara-acara tersebut dikenali sebagai “Malam Penerangan Kerajaan
Negeri Pulau Pinang” dan speaker-speaker jemputan akan menyentuh
pelbagai isu semasa. Ini merupakan acara rasmi Kerajaan Negeri dan
pihak polis harus menghormati serta memberi perlindungan kepada mereka
yang hadir dalam program tersebut.
Jikalau Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib Tun Razak
berhasrat untuk menjana transformasi bagi negara ini, maka beliau
harus membenarkan semua itu tanpa gangguan daripada pihak polis, di
mana pihak polis seharusnya menjalankan tugas mereka sebagai
pembanteras jenayah. Polis mempunyai kedudukan yang tersanjung dalam
masyarakat Malaysia dan ini merupakan hasrat Kerajaan Negeri Pulau
Pinang supaya mereka dapat menjalankan tugas secara profesional tanpa
diperalatkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Kami menggalakkan rakyat jelata tanpa berbilang kaum supaya menghadiri
acara yang bakal dianjurkan pada Khamis ini dan ini merupakan hak
rakyat untuk menyertai sebarang program anjuran Kerajaan Negeri. Kami
juga berharap pihak polis dapat memberi perlindungan yang sewajarnya
kepada mereka yang hadir tanpa sebarang gangguan atau provokasi
daripada pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
NG WEI AIK


Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my
