Insentif Kerajaan Negeri kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang SPM

Majlis Penyampaian Insentif Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM tahun 2010 yang dijadualkan pada 21 Mei 2011 (Sabtu) telah ditukarkan tarikh ke 22 Mei 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi di Dewan Tunku, Tingkat 5, KOMTAR.

Perubahan tarikh dan tempat majlis perlu dilakukan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Semua penerima insentif dikehendaki mendaftarkan diri pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Dewan Tunku, Tingkat 5, KOMTAR.

25 pelajar SPM yang memperolehi A+ bagi semua mata pelajaran, 218 pelajar yang memperolehi kombinasi A+ dan A bagi semua matapelajaran dan 20 lagi pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 10A dalam SPM akan diberi insentif dengan sijil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Lim Guan Eng.

Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan menyampaikan anugerah pelajar terbaik bagi 3 calon terbaik daripada setiap kaum dan juga pelajar-pelajar kategori khas/istimewa yang terbaik. Sekolah-sekolah yang memperolehi keputusan terbaik juga akan diberikan anugerah dengan sijil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Senarai nama penerima dan maklumat-maklumat terperinci berkenaan dengan Majlis tersebut di atas boleh didapati melalui laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang: http://www.penang.gov.my

Sebarang persoalan sila hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 04-6505222/5129/5394.

NG WEI AIK

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Leave a Response