Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal dalam memerangi gejala rasuah, memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti berikutan kegagalan mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia dari anak tangga ke 10 pada tahun 2010 ke tangga 16 pada tahun 2011

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, YAB Lim Guan Eng pada 19 Mei 2011 di Kuala Lumpur.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal dalam memerangi gejala rasuah, memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti berikutan kegagalan mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia dari anak tangga ke 10 pada tahun 2010 ke tangga 16 pada tahun 2011.

ETP yang menjadi kebanggaan Barisan Nasional telah menunjukkan tanda- tanda kegagalan apabila gagal mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia di bawah Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam daya saing antarabangsa 2011 apabila jatuh 6 anak tangga dari tangga ke -10 pada tahun 2010 ke tangga ke- 16 pada tahun 2011. Jelas sekali ETP tidak berjaya untuk memenangi perang melawan rasuah mahupun memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti.

Malah Tranparency International turut menyatakan keprihatinan bahawa rasuah bukan sahaja telah memburukkan tetapi juga telah membawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia ketika ini ke tangga yang rendah iaitu di tempat ke- 56 pada tahun 2010. Pada tahun 2002, Malaysia berada di tangga ke- 33.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada tahun 2010 menurun sedikit iaitu daripada 4.5 pada tahun sebelumnya kepada 4.4 daripada mata penuh 10; di mana markah 10 adalah paling rendah rasuah, menjadikan Malaysia setaraf dengan Negara Namibia dan Turki. Ketidakmampuan Malaysia memerangi rasuah adalah disebabkan penolakan keras untuk melaksanakan amalan terbaik antarabangsa dalam corak pemerintahan seperti sistem tender terbuka, penilaian berasaskan prestasi dan tindakan tegas dalam melawan gejala rasuah dan pengurusan kewangan yang salah.

Amalan rasuah dianggarkan bernilai RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak US$100 telah hilang sejak tahun 80-an. Hal ini tidak menghairankan apabila permasalahan ini telah didedahkan oleh Washington melalui laporan Global Financial Integrity bahawa hampir RM888 bilion wang haram telah dipindahkan secara diam-diam ke luar Negara sejak 9 tahun lalu iaitu dari tahun 2000- 2008. Sebahagian besar wang haram dikesan melalui kegiatan rasuah dan jenayah.

Kebanyakan kerugian besar dalam skandal kewangan dibiarkan tanpa sebarang hukuman. Bahkan whistle-blower tidak dilindungi untuk berdepan dengan risiko hukuman yang berat. Kadang kala mereka yang bertanggungjawab dengan skandal masih boleh mencabar dan mengancam untuk mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membersihkannya.

Selain daripada rasuah dan kegagalan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah rasuah, daya saing Malaysia juga telah dipengaruhi oleh pemikiran sempit daripada bakat luar dan perkhidmatan jalur lebar yang lemah. Malaysia mempunyai perkhidmatan jalur lebar yang rendah dengan capaian internet yang kurang daripada 50 peratus. Ditambah dengan lebih daripada 2 juta rakyat Malaysia yang terbaik dan bijak telah berhijrah ke luar Negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, kedudukan daya saing Malaysia adalah seperti yang telah dijangka dan tidak mengejutkan.

LIM GUAN ENG

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Tender Projek JPS: Pemimpin-Pemimpin Barisan Nasional Bercabang Dua
  2. Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal dalam memerangi gejala rasuah, memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti berikutan kegagalan mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia dari anak tangga ke 10 pada tahun 2010 ke tangga 16 pada tahun 2011 (This post)
  3. 国阵的经济转型计划(ETP)已经失败,它无法肃贪及改善透明度、公信度,也无法阻止马来西亚的竞争力继续下滑,排名从2010年的第10名,下跌六位至2011年的第16名
  4. BN’s Economic Transformation Programme(ETP) Has Failed To Win The Corruption War, Improve Transparency And Accountability By Failing To Prevent The Slide In Malaysia’s Competitiveness By Six Rungs From 10th In 2010 To 16 In 2011
  5. BN Must Come Clean On The Scandal Of Huge Illicit Capital Outflows Of RM888 Billion
  6. 国阵必须交代马来西亚资本非法外流8880亿令吉的丑闻
  7. Hampir RM2 Juta Untuk Mewujudkan Setiap Pekerjaan Baru Menunjukkan Ketirisan(Leakages) Ekonomi Dalam Bentuk Amalan Rasuah Dan Penyelewengan Kewangan Yang Hanya Boleh Diatasi Dengan Kemenangan PR Dalam Pilihanraya Besar Akan Datang
  8. 国阵需要200万来创造一个就业机会,证明在贪污舞弊带来的经济漏损
  9. New BN move ruffles feathers in Komtar
  10. 发展局新指令赋权批准拨款 槟国阵协调员凌驾市议员?
  11. Royal Commission of Inquiry should be set up to determine how RM 52 billion of shares meant for Malay/Bumis were hijacked
  12. 不必为新经济政策及土著股权课题而争吵 应当调查520亿令吉的股份如何被骑劫
  13. 自由區舞弊案:林冠英:弊案數額龐大不可能僅1人涉案
  14. 作風透明公開‧檳州工程招標無須支持信
  15. 或影響僱員權益及生活‧林冠英關注修訂勞工法
  16. 前行政議員被控貪污案‧林冠英促反貪會交代
  17. 勿掩饰瑞典咸码头重建工程承包商虚报540万令吉丑闻的真相
  18. Don’t Cover Up RM5.4 million False Claim Scandal in the Contruction of the RM65 Million Swettenhem Pier Redevelopment Project
  19. 盼他州仿效檳施政‧首相署部長讚CAT政策
  20. 值得其他州属学习 纳兹里认同猫政府
  21. Malaysia Merosot Lagi Dalam Indeks Persepsi Rasuah: Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Dukacita Tetapi Tidak Terkejut
  22. 马来西业在全球清廉印象指数排名下跌:槟州社青团失望却不惊讶
  23. 沒公僕揭發弊案‧廉潔獎4個月沒頒發

Leave a Response