Ceramah Pakatan di S’wak terus hangat

Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.

Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

“Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan,” kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

“Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

“Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!” katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/161481

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang
  2. 蔡细历已经被他自己在槟城的马华支部标签为疯狂
  3. The Result of the 2011 Sarawak Election Have Proven That the Desire and Movement for Change is Spread Across the Various Communities of Sarawak
  4. 2011年砂州选举成绩已经证明整个砂州各个社群渴望求变及要改变
  5. 马华与民政党应立即检讨在联邦与州政府的地位
  6. 马华的不入阁主张突显其双面人个性!
  7. Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections
  8. 蔡细历不应该跟随《马来前锋报》企图种族化砂州选举的脚步
  9. Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat (This post)
  10. 众人齐喊“拔白毛没烦恼!”, 美里讲座万人空巷人数最多
  11. 到砂助选仍能返槟主持大局,林冠英讽纳吉展延内阁会议
  12. 林冠英挑战纳吉出示泰益辞函 行动党选战继续打“白毛攻略”
  13. 两千人挤爆火箭晚宴筹万七,人联党以哀兵姿态迎战反风
  14. DAP sasar menang semua 15 kerusi
  15. 深信砂民联能够化解谈判僵局,巴鲁比安保证下周二敲定名单

Leave a Response