DAP sasar menang semua 15 kerusi

DAP mensasarkan untuk memenangi kesemua 15 kerusi yang akan ditandinginya dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

“Dalam 2006, saya tandatangan surat kuasa bagi pihak parti. Kami tanding 12 kerusi dan menang enam kerusi,” kata pengerusi DAP negeri itu, Wong Ho Leng dalam satu sidang akhbar di Sibu hari ini.

“Kali ini, kami buat perubahan dan minta setiausaha agung parti (Lim Guan Eng) tandatangan. (Jadi) kami harap untuk menang 15 kerusi,” tambahnya.

Lim berkata, pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan menentukan nasib Malaysia.

Oleh itu, beliau menggea rakyat supaya menolak Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, dengan sekurang-kurangnya menafikan BN majoriti dua pertiga.

“Perubahan kini sudah bermula di Sarawak. Jika perubahan (di Sarawak) dapat dilakukan, maka ia juga dapat dilakukan di Putrajaya,” berkata Lim.

Selepas mengumum lima calonnya semalam, DAP mengumumkan nama 10 lagi calon yang akan mewakili parti itu bertanding di kawasan tengah dan utara Sarawak.

Sementara itu, senarai 10 lagi calon DAP yang diumum hari ini turut menampilkan empat muka baru termasuk seorang wanita.

Empat muka baru itu ialah ketua wanita DAP cawangan Sibu Alice Lau Kiong Yieng yang bertanding di DUN Bawang Assan, Yap Hoi Liong (DUN Dudong), Ling Sie Kiong (DUN Piasau) dan pengerusi DAP Limbang Leong Kwang Yew (DUN Bukit Kota).

Kiong Yieng, 29, seorang ahli farmasi adalah anak pemimpin Cina terkemuka dan presiden United Chinese Association Sibu Datuk Lau Cheng Kiong.

Beliau merupakan calon wanita kedua dipilih untuk mewakili DAP. Cristina Chiew dinamakan sebagai calon DUN Batu Kawah dan Violet Yong dikekalkan di DUN Pending.

Sementara Sie Kiong, 28, seorang peguam akan berdepan dengan calon BN, yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Manakala timbalan pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing, yang juga seorang ahli perniagaan mempertahankan DUN Kidurong di Bintulu dan Ting Tze Fui, 29, kekal di DUN Meradong yang dimenanginya dalam pilihan raya negeri lalu.

Calon-calon lain ialah setiausaha publisiti DAP negeri David Wong Kee Woan (Pelawan), pengerusi DAP cawangan Sarikei Dr Wong Hua Seh (Repok) dan penolong setiausaha DAP negeri Fong Pau Teck (Pujut).

Lima calon DAP yang diumumkan semalam termasuk tiga muka baru – Wong King Wei (Padungan), Christina Chiew Wang See (Batu Kawah) dan Leon Jimat Donald (Simanggang) manakala Violet dikekalkan di DUN Pending dan naib pengerusi DAP dan setiausaha parti negeri Chong Chieng Jen (Kota Sentosa).

Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/160516

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang
  2. 蔡细历已经被他自己在槟城的马华支部标签为疯狂
  3. The Result of the 2011 Sarawak Election Have Proven That the Desire and Movement for Change is Spread Across the Various Communities of Sarawak
  4. 2011年砂州选举成绩已经证明整个砂州各个社群渴望求变及要改变
  5. 马华与民政党应立即检讨在联邦与州政府的地位
  6. 马华的不入阁主张突显其双面人个性!
  7. Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections
  8. 蔡细历不应该跟随《马来前锋报》企图种族化砂州选举的脚步
  9. Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat
  10. 众人齐喊“拔白毛没烦恼!”, 美里讲座万人空巷人数最多
  11. 到砂助选仍能返槟主持大局,林冠英讽纳吉展延内阁会议
  12. 林冠英挑战纳吉出示泰益辞函 行动党选战继续打“白毛攻略”
  13. 两千人挤爆火箭晚宴筹万七,人联党以哀兵姿态迎战反风
  14. DAP sasar menang semua 15 kerusi (This post)
  15. 深信砂民联能够化解谈判僵局,巴鲁比安保证下周二敲定名单

One Response to “DAP sasar menang semua 15 kerusi”

  1. Atila says:

    Insha Allah.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response