Analisis telefon tidak diserah pada inkues TBH
Mereka yang menghadiri prosiding suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock (TBH) terkejut apabila mereka mendengar yang dua laporan analisis telefon bimbit milik enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak diserahkan kepada koroner sewaktu inkues kematian Teoh sebelum ini.
Laporan tersebut telah dikemukakan kepada suruhanjaya itu hari ini oleh pegawai pengendalian dari Pejabat Peguam Negara.
Suruhanjaya juga juga turut memanggil Mohd Zaidi Abu Hassan – penganalisis laporan telefon dari pasukan polis – untuk memberi keterangan mengenai laporan tersebut.
Pengerusi suruhanjaya itu, Datuk James Foong terkejut apabila Mohd Zaidi berkata laporan tersebut tidak dikemukakan dalam inkues koroner yang membuat penghakiman terbuka terhadap kematian Teoh.
Seorang lagi pegawai pengendalian, Amarjeet Singh, menerangkan bahawa laporan analisis itu disebut semasa inkues, tetapi tiada sesiapa pun meminta mereka mengemukakannya kepada koroner.
Amarjeet berkata, dia menerima laporan itu minggu lepas dan telah memperolehi kebenaran SPRM untuk mengemukakannya kepada suruhanjaya tersebut.
Laporan pertama menganalisis kandungan telefon bimbit lima pegawai dari pejabat Selangor SPRM iaitu, ketua pegawai penyiasat, Hairul Ilham Hamzah, pegawai penyiasatan Mohd Anuar Ismail, Azeem Hamiz Jamaluddin, Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Nazri Ibrahim.
Manakala laporan kedua pula meneliti kandungan telefon bimbit timbalan pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim.
Mereka mengandungi log panggilan, mesej teks dan buku telefon bimbit.
Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/157987
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- Di manakah Kebenaran? (Aug 1, 2011)
- Datuk Seri Abu Kassim Mohamed Digesa Supaya Mengundurkan Diri Sebagai Pesuruhjaya SPRM Sehingga Siasatan Diselesaikan (Apr 7, 2011)
- Datuk Seri Abu Kassim Mohamed Should Step Aside As MACC Commissioner Until Investigation Is Complete (Apr 7, 2011)
- 拿督斯里阿布卡欣莫哈末应暂时卸下反贪委员会主席一职 (Apr 7, 2011)
- Analisis telefon tidak diserah pada inkues TBH (This post) (Mar 8, 2011)
- 曾不支持皇委会查明福死因 冠英抨子根细历与人民脱节 (Jan 27, 2011)
- 抨蔡细历支持皇委会不查死因 林冠英讥讽马华是巫统应声虫 (Jan 9, 2011)
- Rakyat Pulau Pinang berhimpun kenang Teoh (Jul 17, 2010)
- 二百人聚言论广场哀悼赵明福 曹观友:国阵要失政权才苏醒 (Jul 17, 2010)
- 一身黑衣悼明福 林冠英促反贪会交待 (Jul 17, 2010)
- Federal Court: MACC can interrogate witnesses after office hours (May 21, 2010)
- 法院维持反贪会非办公时间盘问 卡巴星炮轰:证人权利不如嫌犯 (May 20, 2010)
- Official Assurance of Liberties and Safety Sought for Dr. Pornthip’s Testimony (Apr 11, 2010)
- 促官方全面保证普缇的人身安全与供证自由 (Apr 11, 2010)
- 發表“明福”言論若被控‧卡巴星代林冠英抗辯 (Jan 12, 2010)
- DAP: Report against Pornthip is intimidation (Jan 3, 2010)
- It's police intimidation, says Liew (Dec 29, 2009)
- 发表赵明福被谋杀遭传召 威南4支部力挺首长 (Dec 29, 2009)
- DAPSY Kutuk Siasatan Polis terhadap Lim Guan Eng dan Ean Yong Hian Wah (Dec 28, 2009)
- 谴责警方以莫须有罪名调查林冠英与欧阳捍华 (Dec 28, 2009)
- Tindakan Polis terhadap Lim Guan Eng Tidak Profesional (Dec 26, 2009)
- 警方自行针对林冠英报案违背专业 (Dec 26, 2009)
- Karpal wants IGP to stop ‘after-hours’ interrogations (Nov 23, 2009)
- 章瑛:若普緹所言成立‧反映執法員涉濫用權力 (Oct 24, 2009)
- 葉進強:莎麗扎不該以“敏感課題”為由 逃避協助解決“趙明福未來孩子報生紙”問題 (Jul 24, 2009)
- 3000人冒雨“聲援”明福‧替遺腹子籌獲逾萬四基金 (Jul 23, 2009)
- 逾五千槟民齐声讨伐反贪委会 全场举手不信赵明福坠楼自杀 (Jul 23, 2009)
- 大山脚火箭今办追悼会 为赵明福讨公道 (Jul 22, 2009)
- 葉進強:警方應直接援引刑事來調查趙明福離奇墜樓案 (Jul 21, 2009)
- 民主行动党赵明福出殡仪式祭文 (Jul 21, 2009)
- Lim Guan Eng: Let Us Clean Up The Police Force And MACC To Make Malaysia Safe For Our Children (Jul 19, 2009)
- 黄伟益:民联三党下周二举办“沉冤待雪!还我公正!”――声援赵明福论坛 (Jul 19, 2009)
- Protest to Penang MACC / Candle Light Vigil for Teoh Beng Hock on July 17, 2009 (Jul 18, 2009)
- Liew Chin Tong: May he not die in vain (Jul 18, 2009)
- Forum Perdana - MENYOKONG KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK 沉冤待雪!还我公正!--声援赵明福论坛 (Jul 17, 2009)
- Lim Guan Eng: MACC must bear full responsibility for the mysterious death of Teoh Beng Hock (Jul 16, 2009)
- 林冠英:赵明福离奇死亡 反贪委员会必需负起全责 (Jul 16, 2009)
- 黄伟益:反贪污委员会草菅人命 (Jul 16, 2009)


Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my
