Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2011
Kenyataan Media
KONVENSYEN WANITA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG 2011
170211 | BUKIT MERTAJAM
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menganjurkan satu konvensyen, dengan butir-butir berikut:
Tarikh : 13 Mac 2011
Tempat : Auditorium A, KOMTAR
Masa : 9am
Konvesyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang julung kali ini adalah bertemakan “Kebangkitan Wanita, Martabatkan Perubahan” bagi membawa maksud penyertaan serta pengupayaan para wanita dalam bidang sosio-ekonomi dan politik akan memangkin proses menjana perubahan di negara kita.
Kami percaya, pemberdayaan wanita yang diperjuangkan sudah pasti akan memberikan impak yang positif kepada seluruh Rakyat Malaysia tidak kira wanita mahupun lelaki. Kajian telah menunjukkan bahawa negara yang mendukung konsep keadilan gender dan pemberdayaan wanita akan mempunyai pembangunan ekonomi yang lebih mantap. Ini jelas kerana penglibatan wanita dalam bidang sosio-ekonomi dan politik bukan sahaja membawa bakat dan tenaga kerja baru malah menyuntikkan kreativiti serta innovasi tersendiri dalam bidang-bidang tersebut.
Wanita mempunyai perspektif tersendiri apabila berbicara tentang isu-isu yang dihadapi negara. Jika wanita dipinggirkan, maka pandangan unik wanita terhadap pembangunan negara tidak dapat diketengahkan. Justeru, Konvesyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2011, antara lain, bertujuan untuk mengetengahkan perjuangan wanita dalam politik sebagai platform kepada pemberdayaan menyeluruh kaum wanita di Malaysia. Pada masa kini, di negara kita, walaupun jurang gender dalam bidang pendidikan dan kesihatan, dua indikator dalam laporan jurang gender kebangsaan, sudah dirapatkan, wanita terus tercicir dari pembangunan keseluruhan. Ini adalah kerana jurang gender yang besar dalam bidang politik dan ekonomi, dua lagi indikator, yang berupa pentas yang mampu mempengaruhi arah tuju negara.
Selaras dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat untuk mencapai matlamat Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita ataupun CEDAW (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam politik dan kerajaan, Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menggunakan pentas Konvensyen pada Mac ini untuk menyemarakkan lagi semangat perjuangan wanita dalam politik tanahair, terutamanya di negeri Pulau Pinang.
Bagi menegaskan lagi perjuangan memberdayakan wanita, Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih untuk berkonvensyen pada bulan Mac, iaitu bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac.
Konvensyen ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, tokoh politik wanita tanahair yang tersohor. Dato’ Seri merupakan bekas Ahli Parlimen di Pulau Pinang dan merupakan wanita pertama serta satu-satunya wanita yang memegang jawatan Presiden sebuah parti politik di Malaysia. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
YB Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada kepimpinan daripada ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Konvensyen kali ini yang dijangka akan dihadiri oleh 303 orang perwakilan, dengan setiap parti menghantar 101 orang perwakilan bersempena dengan ulangtahun ke-101 sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini.
Chong Eng Norhayati bt. Jaafar Ustazah Rahmah Md. Isa
Ketua Wanita DAP P.P Ketua Wanita Keadilan P.P Ketua Dewan Muslimat PAS P.P
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- 放眼更“乾淨”‧民聯姐妹準備清洗大馬 (May 22, 2012)
- 蔡細歷狹隘思維,無法接受多元民主 (Aug 9, 2011)
- BN Should Sack Sexist BN MP Bung Moktar (Apr 1, 2011)
- 国阵应该开除时常发表性别歧视言论的男性至上主义者邦莫达 (Apr 1, 2011)
- Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Mar 13, 2011)
- International Women’s Day Message & 3rd Anniversary of 2008 Political Tsunami Message (Mar 9, 2011)
- 国际三八妇女节及政治海啸三周年纪念献词 (Mar 9, 2011)
- Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2011 (This post) (Feb 19, 2011)
- Konsep keadilan gender lebih luas dari isu segregasi (Jan 5, 2011)
- 《荼蘼花》戏剧好评扳回一局 郑雨周要再尝试设跨性别支部 (Dec 28, 2010)
- 組跨性別族群委會無望‧鄭雨週“轉戰”人權委會 (Nov 11, 2010)
- Penang pushing for 90-day maternity leave (Sep 6, 2010)
- 弱智女遭性侵犯引关注 章瑛吁给予郭家协助 (Aug 9, 2010)
- Lonely at the top for women in Penang government (Aug 1, 2010)
- 批新经政策让扶弱政策背恶名 章瑛坚持固打能实现性别平等 (Aug 1, 2010)
- Golongan Mak Nyah ialah Warganegara Malaysia juga, dengan Hak Perlembagaan untuk Bebas daripada Diskriminasi (Jun 29, 2010)
- Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Dalam RMK10 (Jun 28, 2010)
- 鄭雨週:“跨性一族”論壇704舉行‧阿力夏答應當顧問 (Jun 27, 2010)
- 郑雨周:若无反对声音 跨性别委会有望成立 (May 24, 2010)
- 林冠英促修改法令 ‧ 延長產假至90天 (Apr 27, 2010)
- Imbangi Gender Dalam Semua Bidang (Mar 25, 2010)
- 章瑛:槟州政府明年拨20万 推行两性平等教育计划 (Nov 16, 2009)



Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my
