Utusan Malaysia Buat Fitnah Lagi: Cabar Utusan Malaysia Bela Kebenaran Siarkan Penuh Kenyataan Bertulis Saya Dan Jangan Putar Belit

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 14.2.2011.

Utusan Malaysia sekali lagi membuat fitnah ke atas saya dalam satu rencana pengarang bertajuk “Elok Pas, PKR terangkan hukum ‘dosa pahala’ kepada Guan Eng”:-

“KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini…”

Rencana ini telah memutarbelitkan kenyataan bertulis saya semalam. Saya tidak langsung menyentuh tentang larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine. Sebaliknya saya mahu rakyat lihat hasutan jahat melabelkan amalan orang bukan Islam sebagai berdosa di kalangan orang Islam dan melabelkan Negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik di kalangan orang bukan Islam.

Tindakan tidak bertanggungjawab Utusan berterusan bukan hanya terhadap pemimpin PR malah terhadap wartawannya sendiri yang mendukung prinsip kebebasan akhbar seperti Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Saya cabar Utusan Malaysia membuktikan ia bela kebenaran dangan menyiarkan penuh kenyataan saya untuk menunjukkan hakikat sebenarnya.

“ Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran Cabang Tanjung PKR Pada 13.2.2011

Rakyat Mesti Menolak Hasutan Ekstremis Dan Berbau Perkauman Yang Melabelkan Orang Bukan Islam Sebagai Berdosa Dan Negara-negara Islam Adalah Mundur, Miskin, Korup Dan Tidak Demokratik.

Rakyat mesti menolak hasutan ekstremis dan berbau perkauman yang melabelkan orang bukan Islam sebagai berdosa, khususnya dalam media yang dikuasai BN, kerana menyebarkan maklumat palsu bahawa amalan tradisi Kristian dan Hari Kekasih Valentine Day adalah berdosa. Pada masa yang sama ada pemimpin BN yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik.

Jelas sekali permainan perkauman dan ekstremis ini bertujuan untuk pecah-belahkan rakyat dengan melaga-lagakan antara agama agar pemimpin BN boleh terus memerintah dan skandal rasuah yang kian berleluasa. Keengganan BN menjawab skandal tentang RM888 bilion wang yang dibawa curi-curi keluar secara haram dalam 9 tahun di antara 2000-2008, amat tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan jumlah wang besar. Betapa besarnya boleh dilihat sekiranya RM888 bilion diagihkan kepada 27 juta rakyat Malaysia, maka setiap orang akan menerima RM 33,000/-! Atau kini setiap orang dewasa, kanak-kanak dan bayi telah kehilangan RM33,000/-.

Hari Kekasih atau Valentine’s Day bukanlah sebahagian daripada fahaman, ajaran atau nilai Kristian. Tidak ada sebarang upacara sembahyang dijalankan dalam gereja untuk menandakan Hari Kekasih ini. Sebaliknya ia adalah hanya suatu amalan popular yang tidak menggalakkan amalan jahat berzina atau berdosa. Sekiranya ada pihak jahat yang cuba menyalahgunakan Valentine’s Day untuk kegiatan maksiat atau berzina, ia dikecam dan dilarang oleh semua pihak baik bukan Islam ataupun Islam.

Untuk melabelkan ajaran Kristian sebagai tradisi berdosa dalam TV adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan biadab. Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba mencari populariti di kalangan umat Islam dengan menjalankan kempen anti-Hari Kekasih seakan-akan suatu kempen menyelamatkan Islam daripada dosa-dosa yang diamalkan di kalangan bukan Islam.

Sekiranya mereka ingin mempertahankan Islam, mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN yang menyerang calon wanita PAS sebagai ekstremis kerana calon wanita itu memilih untuk tidak salam dengan kaum lelaki? Mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN sama yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik?

Jelas sekali, ini adalah suatu permainan politik BN dengan taktik talam dua muka untuk menimbulkan kebencian di kalangan kaum dan agama masing-masing. Sandiwara talam dua muka BN ini berlainan dengan PR yang bertindak adil kepada semua kaum dan agama dengan mempromosikan kesederhanaan, kesefahaman, dan saling hormat-menghormati serta bantu-membantu di antara satu sama lain.

PR berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa kesederhanaan adalah keadilan. ”

LIM GUAN ENG

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: -1 (from 1 vote)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. 'Seditious' anti-DAP propaganda DVDs exposed
  2. 新闻部光碟与抹黑片齐分发? 槟行动党质疑国阵公器私用
  3. 首长助理否认大量巫裔离槟 选民册显示增加三万五千人
  4. Dakwaan penghijrahan keluar 18 ribu orang Melayu dari Pulau Pinang bercanggah dengan hakikat pertambahan 35 ribu pengundi Melayu sejak 2008
  5. DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa Pulau Pinang
  6. 堵桥打记者设灵堂却逍遥法外 槟民联炮轰土权恶行人神公愤
  7. 密谋设基督国指控不存在 黄泉安要前锋报道歉
  8. 黄泉安:巴拉尼威入阁 “证明纳吉改革失败”
  9. 陈清凉指工程没华裔承包商 黄伟益斥在睡觉
  10. Repot Polis oleh Y.B. Ng Wei Aik pada 7 Jun 2011 di Balai Polis Jalan Patani
  11. 否认介入槟回教堂理事选举 行动党限期前锋报纠正报道
  12. 谴责希山慕丁暗中鼓动圣战!
  13. UMNO's Refusal to Act Against Perkasa and Ibrahim Ali Confirms UMNO's Protection and Support for Perkasa!
  14. 巫统以不代表全部马来人为由而拒绝对付土权组织 无疑让极端分子有恃无恐地煽动马来西亚人之间的敌意
  15. 唯有撤换涉及报道谎言的编辑和记者,首相才能让人相信《前锋报》既不享有司法免控权、巫统也不赞同其“基督徒阴谋论”假报道
  16. Penipuan Berbahaya Utusan Malaysia Adalah Cubaan Terdesak UMNO Untuk Mengalih Perhatian Berikutan Kegagalan Dasar Ekonomi dan Kegagalan Polisi
  17. 前锋报假造“回教受威胁”的谣言 实为掩饰巫统失败的经济管理及政策
  18. Utusan's Dangerous Lies Is A Desperate Attempt by UMNO to Distract Attention from Economic Mismanagement and Policy Failures
  19. Kenyataan bersama antara Paderi-paderi Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng
  20. 槟城基督教牧师与槟城首席部长林冠英发表的联合声明
  21. Joint Statement by the Christian Pastors of Penang with Penang Chief Minister of Penang Lim Guan Eng
  22. UMNO Bermain Api Menerusi Pembohongan Untuk Meraih Sokongan
  23. 巫统不惜任何代价,玩弄危险政治游戏
  24. UMNO Inspired Demonstration In Butterworth Shows the Dangerous Political Games of UMNO Not Just Opposing A Toll-Free Alternative Road But Playing With Fire Through Blatant Lies That DAP Wants To Create A Christian State and A Christian Prime Minister To Win Malay Support At Any Cost
  25. 民政党不要把人民当傻瓜!
  26. UMNO Committed to the Ultra Racist Agenda of PERKASA
  27. Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita
  28. 别窍取我们孩子的未来,而是应该给予他们希望
  29. Let Us Not Steal Our Children’s Future
  30. 林秀琴:教师再爆种族论显示“一个马来西亚”破产!
  31. 黄伟益:纳兹里应出任马华总会长!
  32. Chong Eng: PM, Home Minister stop police “arrest rampage” and free Interlok demonstrators now
  33. Penang Must Not Live In The Past But Learn From The Past So That We Can Save The Future For Our Children
  34. 槟城不能活在过去,而是要从过去中学习,才能为我们的孩子保住未来
  35. 揭露华商赠送前锋报予华小 林冠英担忧学生自小被洗脑
  36. DAP Urges The BN Government To Drop All Charges Against HRP Members
  37. 民主行动党促请国阵政府撤销逮捕人权党党员的控状
  38. Melantik Karpal Singh & Co Untuk Keluarkan Saman Malu Atas Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia
  39. 加巴星律师楼受委入禀起诉莫哈末法力及《马来西亚前锋报》诽谤
  40. Utusan Malaysia Buat Fitnah Lagi: Cabar Utusan Malaysia Bela Kebenaran Siarkan Penuh Kenyataan Bertulis Saya Dan Jangan Putar Belit (This post)
  41. 挑战《马来西亚前锋报》捍卫真相、刊登文告全文
  42. Rakyat Mesti Menolak Hasutan Ekstremis Dan Berbau Perkauman
  43. Balik Pulau booklet 'pre-dates Pakatan rule'
  44. 林冠英反击慕尤丁许子根批评 唯声称不会杯葛明年国阵团拜
  45. Lim: Agensi berita putar belit kenyataan TPM
  46. 再举证“辱巫”刊物非民联出版 槟政府促法立道歉别改口脱罪
  47. 巫统朝天吐痰
  48. UMNO Meludah Ke Langit
  49. Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng
  50. Persatuan Kontraktor Melayu minta maaf kepada Lim Guan Eng – DAP kesal dengan “blackout” media berbahasa Melayu
  51. Saya tak sebut 'balik India', kata ADUN Komtar
  52. 否认怒呛印裔回教徒“回印度” 黄伟益发誓兼喊告双管讨清白
  53. Utusan Malaysia dan Pemimpin UMNO Pulau Pinang Sekali Lagi Bertindak Jahat Menabur Fitnah
  54. Saman Malu ke Atas Utusan Malaysia Kerana Mengeluarkan Fitnah
  55. 槟国际会展中心计划 下月公布得标者
  56. Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) Dan 98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  57. 蔡细历不要再做戏了!
  58. 章瑛强调文化身份无妨国民融合 马华民政批马哈迪扭曲一个大马
  59. 指專欄作者涉煽動兼抹黑‧民聯議員報警促查《前鋒報》
  60. 槟民联议员指513历史黑暗日 抨前锋报“把希特勒捧做圣人”
  61. Karpal desak Azhar Ibrahim didakwa ikut Akta Hasutan
  62. 檳政府擬種族關係令‧林冠英:歡迎各領域專才加入
  63. 槟州拟明年提呈种族关系法 林冠英将邀各领域专才商讨
  64. 7千马来人被逼迁? 林冠英斥巫统造谣
  65. Pakatan Rakyat Pulau Pinang bela nasib Melayu
  66. 谎称征马来地给华裔盖大学 林冠英轰《前锋报》新3K党
  67. 巫统公开支持同时屈就于马来土著权威组织及马来西亚前锋报,显示国阵中多的是土权之流的极端思想,一个马来西亚只是一个为捞选票的空喊口号
  68. UMNO’s Submission To Perkasa And Utusan Malaysia Open Support Shows The Perkasa Mentality Within BN And That 1Malaysia Is An Empty Slogan To Win Votes
  69. 林冠英:没为人民主权奋斗 蔡细历讲话像巫统领袖
  70. Perutusan Hari Malaysia
  71. 马来西亚日献词
  72. DAP Mengutuk Rancangan Paderi Terry Jones (AS) untuk Membakar Kitab Suci Al-Quran
  73. 民主行动党强烈谴责美国一个基督教牧师扬言要焚烧《可兰经》
  74. DAP Strongly Condemn A Plan by a Christian Pastor in US to Burn Copies of Al-Quran
  75. CM’s aide lodges report over fake photo
  76. Bring back proposed Act to fight racism, suggests Karpal
  77. Muhyiddin should stop playing politics
  78. 慕尤丁应停止玩弄政治并认真思考种族政治对国家的破坏
  79. 為何大馬漸落後?‧2民聯女議員吁領袖反省
  80. 黃泉安:“被問是馬來人或馬來西亞人?”‧首相避談讓人遺憾
  81. Kenyataan Akhbar Lim Guan Eng mengenai Surau Seremban disimbah cat merah
  82. Kenyataan Media daripada Pakatan Rakyat Pulau Pinang Terhadap Permainan Isu “Guan Eng gantikan Agong”
  83. 《马来西亚前锋报》应该撤回他们关于“比1969年513暴动更严重的内战”的假报道,并为他们欺骗马来西亚人的行为道歉
  84. Utusan Malaysia Should Withdraw And Apologise For Cheating Malaysians With Their False Reports On A Big Civil War In Malaysia Bigger Than The 1969 May 13 Racial Riots
  85. 民主行动党领袖必须小心提防巫统与马华正在上演的“黑脸白脸”争吵戏码,勿重蹈1987年茅草行动的覆辙
  86. DAP Leaders Must Be Careful Not To Fall Into BN’s Trap Of Using The UMNO-MCA “Sandiwara” Quarrel As An Excuse To Apply The ISA Powers Of Detention Without Trial As Happened During Operasi Lallang In 1987
  87. Death Threat Against Tony Pua A Dangerous Escalation Of Political Polemics Of Race To Violent Threats Against Pakatan Rakyat Leaders
  88. Ketua Menteri Pulau Pinang Meminta Karpal Singh & Co Mempertimbangkan Tindakan Saman Ke atas Utusan Malaysia Kerana Menyiarkan Berita Fitnah Ketua Menteri Mengharamkan Bazar Ramadan Di Komtar
  89. 诽谤首长禁止马来人在光大设立斋戒月摊格 卡巴星律师楼被要求研究起诉《前锋报》
  90. Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA
  91. 冠英驳斥回教国保守落后论 安华称蔡细历态度傲慢无知
  92. DAP cabar Umno dedah Melayu dihalau di P Pinang
  93. 林冠英:民联秉持原则 为马来西亚人斗争
  94. 林冠英:關注民眾評語‧將開會議檢討議員表現
  95. 许子根为阿兹哈涂脂抹粉!
  96. 丁福南应要求阿末依斯迈与土著权威组织道歉!
  97. 大家自己人,不要再做戏了!
  98. 丁国亮:阿末重出江湖 印证巫统种族主义仍昌盛
  99. Teng Hock Nan Bertalam Dua Muka Lagi!
  100. 丁福南别再作双面人了!
  101. 涉嫌发表“反击华裔欺压论” 黄伟益报警促调查第二财长
  102. 第二财长发表反击华裔欺压论? 民联限24小时内道歉否则报警
  103. Undian Online terhadap Isu Biro Tatanegara
  104. 黄伟益:诚邀参与“国家干训局存废”网上民调
  105. Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politik' kekal kuasa
  106. Forum speakers flay 'Ketuanan Melayu'
  107. 在野党坚持惩治高层人头落地 揭干训局预算竟然比国会更多
  108. Chong Eng: Keganasan Politik Terutamanya Terhadap Wanita Mesti Dibendung Segera

Leave a Response