Konsep keadilan gender lebih luas dari isu segregasi
030111 | Bukit Mertajam
Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini telah mendapat kritikan daripada Barisan Nasional kerana didakwa mengasingkan tetamu mengikut gender ketika sambutan ambang Tahun Baru 2011. MCA telah mendakwa Kerajaan Negeri tidak sensitif kepada orang-orang bukan Islam.
Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Abdul Razak telah menjelaskan bahawa pengasingan tempat duduk tapak program tersebut bukanlah secara wajib tetapi merupakan kemudahan yang disediakan oleh penganjur untuk keselamatan dan keselesaan tetamu terutamanya kaum wanita. Menteri Besar juga menjelaskan bahawa pengasingan tersebut adalah secara sukarela dan bukan secara paksa.
Saya ingin menegaskan bahawa teras perjuangan Wanita DAP ialah keadilan untuk semua tidak kira kaum, agama mahupun gender. Dalam hal-gender, DAP terbukti berada di barisan depan perjuangan kesaksamaan gender kerana seawal 1992, sepuluh tahun sebelum penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita oleh Kerajaan Barisan Nasional, Wanita DAP telah menuntut supaya Kementerian tersebut ditubuhkan bagi membela nasib wanita.
Pada hari ini, saya sukacita apabila sesetengah pemimpin Barisan Nasional begitu sensitif terhadap isu gender tetapi saya ingin mengingatkan bahawa konsep keadilan gender adalah lebih luas daripada isu pengasingan. Menteri Besar Kedah juga telah menerangkan bahawa tindakan tersebut bukan berpaksikan diskriminasi tetapi adalah untuk mengelak wanita diambil kesempatan dalam keadaan orang ramai berpusu-pusu serta demi keselamatan daripada peragut yang sering mensasarkan wanita yang dianggap lemah.
Pengasingan sebegini bukanlah perkara baru. Contohnya, di Negara seperti Jepun terdapat gerabak keretapi yang khas untuk wanita bagi mengelakkan kejadian pencabul kehormatan (molestation) yang berleluasa. Aturan sebegini juga berlaku di Indonesia, India, Filipina dan baru-baru ini di Kuala Lumpur oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan juga perkhidmatan bus RapidKL. Selagi, aturan sebegini tidak dipaksa, maka ianya bukan soal diskriminasi. Hak wanita untuk memilih sama ada untuk duduk berasingan ataupun tidak patutlah dihormati oleh semua pihak.
Jika MCA begitu bersemangat tentang sensitiviti kaum dan gender, maka saya menyeru MCA bersama-sama mengecam keras kenyataan Twitter Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah baru-baru ini yang mencadangkan supaya wanita yang bercuti hamil seperti YB Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, diketepikan kerana tidak dapat bekerja akibat cuti. Kenyataan ini merupakan diskriminasi gender tahap tertinggi dan menjadi satu cabaran besar bagi ramai wanita di pasaran kerja di mana sesetengah majikan lebih suka mengambil pekerja lelaki ataupun wanita yang belum berkahwin kerana tidak inginkan keadaan di mana pekerja wanita menjadi hamil dan mengambil cuti hamil. MCA patut berdiri bersama masyarakat sivil yang menuntut supaya Gerakan dan Tan Keng Liang memohon maaf kepada YB Hannah Yeoh dan semua wanita di Malaysia kerana kenyataan beliau yang begitu menyakitkan hati.
Justeru, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa, keadilan gender lebih luas daripada isu segregasi, dan menyeru supaya MCA Kedah menyiasat terlebih dahulu sebelum mengkritik. Saya juga menyeru supaya MCA lebih cenderung menasihatkan rakan-rakan mereka dalam UMNO di Parlimen yang sudah terkenal dengan cara berucap yang langsung tidak menghormati wanita dan menjatuhkan maruah wanita walaupun di dalam Dewan Rakyat yang mulia.
Chong Eng
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Timbalan Setiausaha Agong DAP
Ketua Wanita DAP Kebangsaan
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- 放眼更“乾淨”‧民聯姐妹準備清洗大馬 (May 22, 2012)
- 蔡細歷狹隘思維,無法接受多元民主 (Aug 9, 2011)
- BN Should Sack Sexist BN MP Bung Moktar (Apr 1, 2011)
- 国阵应该开除时常发表性别歧视言论的男性至上主义者邦莫达 (Apr 1, 2011)
- Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Mar 13, 2011)
- International Women’s Day Message & 3rd Anniversary of 2008 Political Tsunami Message (Mar 9, 2011)
- 国际三八妇女节及政治海啸三周年纪念献词 (Mar 9, 2011)
- Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2011 (Feb 19, 2011)
- Konsep keadilan gender lebih luas dari isu segregasi (This post) (Jan 5, 2011)
- 《荼蘼花》戏剧好评扳回一局 郑雨周要再尝试设跨性别支部 (Dec 28, 2010)
- 組跨性別族群委會無望‧鄭雨週“轉戰”人權委會 (Nov 11, 2010)
- Penang pushing for 90-day maternity leave (Sep 6, 2010)
- 弱智女遭性侵犯引关注 章瑛吁给予郭家协助 (Aug 9, 2010)
- Lonely at the top for women in Penang government (Aug 1, 2010)
- 批新经政策让扶弱政策背恶名 章瑛坚持固打能实现性别平等 (Aug 1, 2010)
- Golongan Mak Nyah ialah Warganegara Malaysia juga, dengan Hak Perlembagaan untuk Bebas daripada Diskriminasi (Jun 29, 2010)
- Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Dalam RMK10 (Jun 28, 2010)
- 鄭雨週:“跨性一族”論壇704舉行‧阿力夏答應當顧問 (Jun 27, 2010)
- 郑雨周:若无反对声音 跨性别委会有望成立 (May 24, 2010)
- 林冠英促修改法令 ‧ 延長產假至90天 (Apr 27, 2010)
- Imbangi Gender Dalam Semua Bidang (Mar 25, 2010)
- 章瑛:槟州政府明年拨20万 推行两性平等教育计划 (Nov 16, 2009)


Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my
