PENAMAAN SEMULA JALAN PESISIRAN PANTAI TIMUR PULAU PINANG (JELUTONG EXPRESSWAY & JALAN BAYAN LEPAS) KEPADA LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU (TUN DR. LIM CHONG EU EXPRESSWAY)

KENYATAAN AKHBAR OLEH YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG DI GEORGE TOWN PADA 26 NOVEMBER 2010

PENAMAAN SEMULA JALAN PESISIRAN PANTAI TIMUR PULAU PINANG (JELUTONG EXPRESSWAY & JALAN BAYAN LEPAS) KEPADA LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU (TUN DR. LIM CHONG EU EXPRESSWAY)

Mesyuarat EXCO pada pagi ini telah membuat satu keputusan untuk menghormati mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Kedua dengan menamakan semula Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway & Jalan Bayan Lepas) kepada Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Penamaan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway & Jalan Bayan Lepas) merangkumi keseluruhan jalan dari Gat Jalan Prangin sehingga Persimpangan Jalan Batu Maung/ Jalan Permatang Damar Laut. Ini melibatkan 4 seksyen yang terdiri daripada Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan iaitu:-

a. Lebuhraya Pantai Jelutong dari Gat Jalan Prangin ke Jalan Tengku Kudin (4.14 km);

b. Sebahagian jalan yang masih belum dinamakan lagi iaitu di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu dari Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tengku Kudin (2.53 km);

c. Lebuhraya Sungai Nibong di antara Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tun Dr. Awang (3.19 km); dan

d. Lebuhraya Bayan Lepas di antara Jalan Tun Dr. Awang dan Persimpangan Jalan Batu Maung/ Jalan Permatang Damar Laut (7.98 km).

Panjang keseluruhan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway & Jalan Bayan Lepas) dari Persimpangan Gat Jalan Prangin/Lebuhraya Pantai Jelutong/Pengkalan Weld ke Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/Jalan Batu Maung/Jalan Permatang Damar Laut adalah sepanjang 17.84 km.

Terdapat 3 persimpangan bertingkat, satu jambatan dan satu jejantas sepanjang lebuhraya ini. Lebuhraya ini bertujuan menghubungkan Jambatan Pulau Pinang ke Bandar George Town dan Bandar Bayan Lepas.

Penamaan semula lebuhraya ini bertujuan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan ke atas sumbangan dan jasa bakti yang tidak ternilai mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu kepada pembangunan Negeri Pulau Pinang khasnya dan Negara Malaysia amnya.

Sebelum ini Kerajaan Negeri telahpun memaklumkan akan hasrat untuk menamakan semula lebuhraya tersebut kepada keluarga mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.

Mesyuarat EXCO pada pagi ini telah dipendekkan bagi membolehkan ahli-ahli EXCO menghadiri upacara istiadat pengkebumian dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.

YAB Ketua Menteri juga telah membatalkan semua program awam dan politik beliau sebagai tanda berkabung ke atas pemergian mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: +1 (from 1 vote)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. 尘归尘、土归土
  2. 留下什么名?
  3. PENAMAAN SEMULA JALAN PESISIRAN PANTAI TIMUR PULAU PINANG (JELUTONG EXPRESSWAY & JALAN BAYAN LEPAS) KEPADA LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU (TUN DR. LIM CHONG EU EXPRESSWAY) (This post)
  4. 敦林苍祐医生大道
  5. 槟州下半旗以哀悼刚逝世的前首长敦拿督斯里林苍佑医生
  6. Penang State Flags Shall Be Flown At Half-Mast to Mourn The Passing Of Tun Dato Seri Utama Dr Lim Chong Eu
  7. Tun Dato Seri Utama Dr Lim Chong Eu Shall Be Accorded A State Funeral By The Penang State Government

Leave a Response