Kemajuan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Setakat 16.7%, Dan Menyeru Bilangan Subkontraktor Pulau Pinang Dinaikkan Kepada Lebih 50% Berbanding 24.5% Sekarang
Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dan Ahli Parlimen Bagan , Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 23.11.2010.
Kementerian Kerja Raya diminta untuk menambahkan bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5% sekarang kepada lebih 50%. Tambahan subkontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada subkontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek 4.5 billion ringgit yang bertapak di negeri mereka sendiri. Bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada saya dalam jawapan bertulis di Parlimen :-
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah menubuhkan syarikat khas Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan.
Projek itu telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013. Sehingga 31 Ogos 2010, kemajuan keseluruhan di tapak ialah 16.7% berbanding 18.4%. Mengenai tempoh konsesi dan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna yang melalui jambatan ini, perkara ini masih lagi sedang diteliti oleh Jawatankuasa Penswastaan di Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan ia akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti berikut:-
-
- Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 2008;
- UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009;
- Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010;
- IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010; dan
- HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 30 September 2010 seramai 106 subkontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 subkontraktor atau 24.5% merupakan kontraktor yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.
Lim Guan Eng
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- Kemajuan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Setakat 16.7%, Dan Menyeru Bilangan Subkontraktor Pulau Pinang Dinaikkan Kepada Lebih 50% Berbanding 24.5% Sekarang (This post) (Nov 23, 2010)
- 槟州第二大桥建筑工程目前进展16.7% ,促请槟州二手承包商数量从现有的24.5%提高至50%以上 (Nov 23, 2010)
- 国阵成员党集体缺席跨党会议 林冠英促三部长反对大桥涨价 (Jul 4, 2010)
- 槟行政议会一致通过 反对槟城大桥起价 (Jun 27, 2010)
- Press Statement from Parti Keadilan on Penang Second Bridge (Jun 22, 2010)
- Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Rakyat berkenaan isu Jambatan Pulau Pinang ke-dua (Jun 22, 2010)
- 公正党有关槟州第二大桥文告 (Jun 22, 2010)
- Kadar baru tol jambatan bakal bebankan rakyat (Jun 17, 2010)
- 第二大桥建竣槟威大桥却涨价 7令吉过路费涨至9令吉40仙 (Jun 17, 2010)


Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my

Syabas kepada CM DAP Lim Guan Eng kerana prihatin kepada % bahagian kontraktor berdaftar asal dari Pulau Pinang untuk projek jambatan kedua.
Projek persekutuan di Jelutong dahulu yang telah siap penghujung 2007, pemberian kontrak majoriti kepada kontraktor di luar P.Pinang iaitu kepada kawan2 rapat kpd ex-EC main kontraktor. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang waktu itu tidak peduli memerhatikan perkara ini.
Sekali lagi syabas pada CM LGE.