Ucapan PAS dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010

TAJUK : HUBUNGAN ANTARA KAUM & AGAMA

الحمدلله رب العالمبن والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
(السلام عليكم ورحمةالله وركاته والسلام على من اتبع الهدى ( سلام سجهترا

Saudara/saudari yang dihurmati sekelian

Nikmat terbesar yang dilimpah Allah kepada kita manusia adalah menjadikan manusia sebagai KHALIFAHNya di bumi. Hal ini tercantum dalam firmanNya :

وهوالذى جعلكم خلائف الارض ورفع بعضكم فوق بعض درجات ليبلوكم فى ما أتاكم ان ربك سريع العقاب وانه لغفور رحيم

Yang bermaksud:

“Dialah (Allah) yang telah menjadikan kamu khalifahNya, pewaris bumi ini, Ia (Allah) telah meningkatkan darjat sebahagian dari kamu lebih tinggi dari sebahagian yang lain, sehingga Ia dapat menguji mengenai cara kamu memperlakukan pemberianNya. Sesungguhnya tuhan kamu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Penganpun dan Maya Penyayang.” (al-An’am 6:165)

Di muka bumi inilah manusia dilepaskanNya untuk menerapkan sifat-sifat baik dan buruk itu menurut apa yang baik oleh manusia. Untuk itu manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan mempertimbangkan mana yang baik dan mana pula yang buruk.

Manusia di atas muka bumi ini adalah sama sahaja melainkan mereka yang melakukan kebaikan kepada Tuhannya dan kepada sesama manusia . Kita manusia adalah sama sahaja berasal dari sumber yang satu, dari tanah, kemudian dari setitis air yang hina (air mani) Allah berfirman :

خلق الانسان من نطفة فاءذا هو خصيم مبين

Yang bermaksud:

“Dia telah menciptakan manusia dari air mani, tiba-tiba ia menjadi manusia pembantah dan durhaka yang nyata.” (an-Nahl: 16:4)

Justeru lahirlah segala kejahatan, kemungkaran, kemaksiatan, kedurjaan, penipuan, rasuah dan penyelewangan di bumi ini. Allah befirman:

ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون

Maksudnya:

“Lahirnya kerusakan di daratan dan di lautan kerana perbuatan tangan-tangan manusia sendiri sehingga Allah menimpakan mereka azab siksa akibat perbuatannya sendiri agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (ar-Rum: 30:41)

Saudara/saudari yang dikasihi sekelian.

Hari ini kita berhimpun dan bersatu atas dasar kemanusian untuk mengembalikan keadilan yang telah hilang dek engkara perbuatan golongan-golongan tertentu,khususnya BN serta berikrar untuk sama-sama memerangi kezaliman yang dicipta mereka.

Apakah kita tidak boleh bersatu? Persoalan ini mesti kita rungkaikan supaya tidak menjadi kusut dari unsur-unsur yang kita sendiri kadang-kadang tersasul kerana perbezaan Agama, Bangsa serta Adat Budaya yang berbeza. Mari kita bersama-sama memahami masaalah ini agar kita dapat bertaut di antara satu sama lain bagi mencapai maksud yang sama tanpa ada sebarang halangan serta tembok pemisah.

Saudara/saudari yang dihurmati sekelian.

Sejarah sudah tidak dapat diubah lagi, mustahil bagi sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada masa silam untuk mengubah sejarah yang telah berlalu.

Kita telah ditentukan sejak azali lagi atau semula jadi untuk hidup dalam sebuah negara majmuk yang berbilang kaum serta agama. Setiap kita mesti menerimanya sebagai kenyataan,bahawa negara kita sudah merdeka. Untuk merdeka sekali lagi berdasarkan kaum,bangsa,keturunan,agama dan sebagainya atau lebih tepat lagi dasar perkauman adalah mustahil sama sekali.

Dalam kita berjaya mencapai kemerdekaan dari penjajah yang menjajah kita sejak ratusan tahun. Namun sebelun mereka meninggalkan datuk nenek moyang kita untuk memberikan kemerdekaan, mereka terlebih dahulu telah menanamkan dasar-dasar perkauman di kalangan datuk nenek moyang kita, untuk dijadikan sebagai senjata utama mereka agar negara yang kita warisi ini tidak akan aman dari kerana perbezaan kaum yang amat ketara ditambah lagi dengan berbagai agama yang dianuti. Dengan itu bila-bila masa sahaja mereka boleh campur tangan dalam urusan negara kita,samaada dalam bidang pendidikan,politik atau ekonomi dengan alasan kita tidak pandai dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Walaupun tidak dengan cara penjajahan pertama.

PR mesti bangun merungkai kekusutan ini dengan mengembeling tenaga kepimpinan yang ada untuk membina serta memperkukuhkan lagi penyatuan yang telah sedia ada. Namun ikatannya masih rapuh dan longgar yang boleh berkecai bila-bila masa sahaja walaupun hanya dengan isu-isu yang remeh yang dimainkan oleh media massa BN dan egen-egen yang pro kepada mereka.

Sebenarnya BN telah gagal sepenuhnya dalam misi dan visi mereka. Kerana itu mereka akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan kita supaya PR tidak dapat menyaingi politik mereka dan seterusnya menggantikan mereka di persada politik negara.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PM Najib adalah penipuan semata-mata. Penyatuan yang diidamkan mengikut nafsu mereka tidak akan dapat dicapai sama sekali.

Di depan mata, masing-masing melaungkan bersatu, saolah-olah tidak ada langsung unsur-unsur perkauman di kalangan mereka, namun di belakang masing-masing memperjuangkan hak bangsa dan kepentingan sendiri. Melayu UMNO dengan semangat kemelayuan keris telanjangnya. MCA dengan cita rasa kecinaannya. MIC dengan budayanya yang tersendiri. Parti GERAKAN juga sama, masing-masing ada kepentingan yang tersembunyi yang dirahsiakan dari yang lain.

Kita juga akan menerima nasib yang sama jika masing-masing kompenan dalam PR tidak berusaha dengan jujur untuk menyelesaikan masaalah ini. Makanya, Jadikanlah musibah yang menimpa BN itu sebagai iktibar untuk kita jadikan sebagai ukuran, kerana kita ingin membina negara yang maju dan makmur penuh keadilan dan keamanan jauh dari unsur-unsur perkauman sempit.

Saudara/saudari yang dihurmati sekelian.

Pada malam ini PAS Negeri Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan untuk menegaskan bahawa, Islam yang dipegang oleh ahli-ahli PAS adalah Islam yang sempurna. Berlainan dengan Islam yang dipegang oleh melayu UMNO kerana mereka telah mencampur adukan Islam dengan adapt-adat budaya melayu.
Sebagai contoh:…….

Islam yang dipegang oleh ahli-ahli PAS, adalah Islam yang syumul/sempurna yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Agama Islam sebenarnya hanyalah satu sahaja, tidak ada Islam Extrem,Fanatik atau Moderet. Islam itu adalah Islam. Tetapi malangnya Islam telah dilebelkan dengan berbagai-bagai gelaran. Ini semua kemungkinan kesilapan dari umat Islam itu sendiri atau disebabkan provokasi-provokasi dari pihak-pihak tertentu yang menyebabkan umat Islam hilang pertimbangan lalu bangun dan bertindak balas di luar kemanusian.

Justeru PAS sukar mendapat sokongan dari bukan Islam. Apatah lagi mereka mendapat maklumat salah tentang Islam terutama fahaman Islam yang disebarkan oleh UMNO. Maka dengan itu PAS dianggap Fanatik, dan Islam yang di bawa PAS adalah zalim,tidak sesuai untuk didekati kerana PAS akan memaksa semua orang bukan Islam masuk Islam.

Pengalaman membuktikan yang demikian. Sebelum ini DAP sudah beberapa kali terpaksa menarik diri sebagai rakan ketika bersama Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Barisan Alternatif (BA), dan sebelum PRU 12. kerana bimbang akan kehilangan sokongan orang bukan Islam.

Maka untuk mengatasi masaalah ini, demi mencapai kemenangan dalam PRU 13, yang akan datang, PAS ingin menyarankan kepada semua kompenan PR agar dapat menyelami serta memahami agama serta edologi rakan-rakan dalam PR.

Ahli-ahli PAS hendaklah memahami budaya serta pantang larang- pantang larang masyarakat Cina. Orang-orang Cina dalam DAP dan Keadilan pula boleh memahami Islam dengan mendalam dari orang-orang PAS. Orang-orang India dalam DAP atau Keadilan pun sama juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Dengan ini akan lahirlah kerjasama yang mantap di kalangan rakan-rakan PR serta boleh menghilangkan sebarang prajudis setelah masing-masing memahami dengan mantap edologi antara satu sama lain.

Di samping itu langkah-langkah yang telah sedia ada perlulah diteruskan .Pendekatan-pendekatan yang telah diterokai bersama mesti dimantapkan.

Saudara/saudari yang dihurmati sekelian.

Keberanian YAB KM P.Pinang dengan mengistiharkan secara terbuka untuk mengikuti pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz patut disanjung. Ini secara tidak langsung membuka mata semua pihak, bukan sahaja orang-orang bukan Islam, bahkan orang melayu UMNO pun tercengang-cengang tercari-cari siapa Omar Abdul Aziz?. Akhirnya mereka hanya mampu melindungi kejahilan mereka dengan berkata: “ Itu hanyalah slogan politik untuk menarik sokongan orang melayu.”

Justeru “ Program Buka Mata” ini perlu diterus serta dilebarkan oleh PR Pulau Pinang bersama Kerajaan Negeri bagi mendekati masyarakat melayu agar tidak takut dengan kerajaan PR pimpinan DAP dan menarik sokongan orang bukan Islam supaya mereka tidak fobia dengan Islam yang dibawa oleh PAS.

Program bersama perlu diperbanyakan lagi. Saudara-saudara kita yang bukan Islam samaada dari DAP atau Keadilan perlu memberi peluang serta membantu saudara-saudara kita dari PAS untuk mendekati serta didekati dengan masyarakat bukan Islam agar mereka dapat menyelami Islam yang di bawa oleh PAS dengan tujuan untuk memberi gambaran sebenar tentang Islam dan juga PAS yang menjadi rakan dalam PR.

Penerangan dan penjelasan mesti digerakan bersama dengan tidak kira tempat. Samaada Masjid,Surau,Tokong atau kuil. Sekarang pun BN khususnya UMNO telah tercengang beruk bila ada sebahagian pimpinan negeri dari DAP masuk surau.

PR perlu teruskan usaha-usaha ini. Pedulikan suara-suara sumbang yang datang dari tepi-tepi jalan dengan pelbagai tohmahan dan gelaran antaranya : “PAS kuda tunggagan DAP.” “ Keadilan Pak Turut DAP.” “ DAP Pak Yit Keadilan.” “ PAS telah gadai maruah dan Agama” atau sebagainya lagi.

Saudara/saudari yang dihurmati sekelian.

Untuk menghadapi PRU ke13 yang makin hampir, semua rakan dalam PR mesti mengelakan sebarang pergeseran samaada kecil atau pun besar. Memang tidak dapat dielakan wujudnya ketidakpuasan hati antara satu sama lain Gigi dan lidah lagikan tergigit inikan pula dari berbagai parti. Namun sebagai rakan-rakan dalam PR kita semua mesti ada sifat tolak ansur antara satu sama lain. Jangan sampai kita hilang negeri semata-mata nak dapatkan jawatan JKKK, Ahli Majlis atau sebagainya.Kalau dah hilang negeri apa gunanya jawatan-jawatan tersebut.

Rapatkan kembali kerjasama, eratkan lagi persaudaraan, hilangkan segala buruk sangka antara satu sama lain. Ikhlaskan hati dalam semua pekerjaan demi menyelamatkan kerajaan PR yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menguruskanya dengan cara yang terbaik.

RUMUSAN

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menyokong perpaduan rakyat tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina selaras dengan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan untuk rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan.

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi Negeri Pulau Pinang dan menjamin hak bukan Islam untuk beragama.

Wassalam.

SA an-nadwi suduppp
Teks ucapan untuk Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang 21-November 2010 Dewan Tunku KOMTAR

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: +4 (from 4 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Ucapan PAS dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010 (This post)
  2. Ucapan Steven Sim (Wakil Pemuda Pakatan Rakyat) dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010
  3. Resolusi-resolusi yang Diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang
  4. 槟州议会不随国阵大选解散 林冠英:交槟民联大会作主

One Response to “Ucapan PAS dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010”

  1. Atila says:

    Terjemahan teks ucapan diatas kpd ahli2 PR sendiri perlu kepada mengenali hubungan silaturahim di antara kaum bab budaya dan agama.

    Contoh : masih ramai ahli2 DAP yang tidak faham waktu solat Muslim dan India serta vice versa. masih ramai non-muslims yang pertikai Muslim wanita bertudung dan tak faham apa itu makanan halal persediaan makanan halal alatan memasak halal, masih ramai muslim yang tak peka kpd non-muslim yang tidak memakan daging lembu, masih ramai non-muslim yang anggap melayu itu islam……

    Pemerintahan BN telah mewujudkan masyarakat yang jahil sesama sendiri dalam budaya dan agama.

    Ini lah muhibbah versi BN.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response