Resolusi-resolusi yang Diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

RESOLUSI-RESOLUSI YANG DILULUSKAN OLEH
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT NEGERI PULAU PINANG
~ 21 NOVEMBER 2010 ~

Ekonomi Semasa & Perumahan
Dibentangkan oleh Wanita Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyokong penuh pendekatan pembangunan ekonomi negeri merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-job) dan mengatasi masalah kemiskinan (pro-poor) agar mewujudkan kekayaan dan memastikan ia dapat dikecapi oleh semua.

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyokong dasar demokrasi perumahan dengan membekalkan rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau Pinang.

Pendidikan & Belia
Dibentangkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang membina belia dan beliawanis yang berpengetahuan dan dinamik agar dapat melibatkan diri dalam pembangunan negara dengan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun dan memantapkan peluang pendidikan, menghapuskan faedah untuk pinjaman pendidikan serta memantapkan tenaga pengajar cemerlang.

Hubungan Antara Kaum & Agama
Dibentangkan oleh PAS Negeri Pulau Pinang

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyokong perpaduan rakyat tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina selaras dengan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan untuk rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan.

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendaulatkan Islam sebagai agama negeri Pulau Pinang dan menjamin hak bukan Islam untuk beragama

Keselamatan
Dibentangkan oleh DAP Negeri Pulau Pinang

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menghormati hak asasi manusia yang membolehkan setiap rakyat bebas daripada ancaman penyalahgunaan kuasa dan jenayah agar bukan sahaja tidak ada kes Teoh Beng Hock, A. Kugan dan Aminulrasyid supaya setiap rakyat bukan setakat selamat tetapi juga rasa selamat.

Pentadbiran & Politik
Dibentangkan oleh PKR Negeri Pulau Pinang

Bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menegakkan urustadbir C.A.T. (Cekap, Akauntabiliti, Telus) demi mewujudkan pentadbiran bersih, efisien dan produktif serta mengamalkan budaya politik sihat ‘Amal Ma’aruf Nahi Mungkar’.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: +2 (from 2 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Ucapan PAS dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010
  2. Ucapan Steven Sim (Wakil Pemuda Pakatan Rakyat) dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2010
  3. Resolusi-resolusi yang Diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (This post)
  4. 槟州议会不随国阵大选解散 林冠英:交槟民联大会作主

Leave a Response