Kerajaan Perlu Ambil Alih Konsesi Tol
GEORGETOWN- Hutang Kerajaan Persekutuan tahun ini meningkat lebih 10 peratus berbanding 2009 yang didapati membebankan rakyat dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kesan ketidakcekapan pengurusan kewangan oleh Kerajaan Pusat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Guan Eng berkata, hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion dan meningkat lebih RM408 bilion tahun ini.
“Ini bermakna 27 juta rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul hutang yang ditanggung oleh kerajaan,” katanya.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional (BN) tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.
“Jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku Bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.
“Ia melibatkan RM655 juta pada 2006, RM698 juta (2007), RM731 juta (2008) manakala 2009 sebanyak RM850 juta kepada pemegang konsesi tol,” katanya.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara ‘one off’ agar rakyat tidak dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan kenaikan kadar tol.
Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story8301184.asp
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- 槟快捷通管理不善 刘镇东冀州政府接管 (Oct 27, 2011)
- State projects RM214mil deficit (Oct 26, 2011)
- 财政部更正回应:预算案300亿令吉超支疑云 (Oct 25, 2010)
- The RM 30 Billion hole that wasn’t (Oct 25, 2010)
- Compensating PLUS RM 5 Billion For The Next 5 Years For Freezing Toll Rates Will Only Increase Both Federal Government Debt and Debt Service Charges To Unhealthy Levels (Oct 22, 2010)
- 为了冻结大道收费涨价而必须在未来五年内赔偿PLUS大道公司50亿令吉,将令联邦政府的债务及债息费用(Debt Service Charges)增加到不健康的水平 (Oct 22, 2010)
- “依德利斯部门”获126亿预算 刘镇东揭国际顾问公司袋走7亿 (Oct 20, 2010)
- 行动党反建议政府国有化大道 先冻结涨价14年之后免费使用 (Oct 20, 2010)
- Kerajaan Perlu Ambil Alih Konsesi Tol (This post) (Oct 18, 2010)
- Budget 2010 Forum cum Books Launch - Lim Guan Eng (2 video klips) (Nov 10, 2009)
- DAP questions RM394m for toll concessionaires (Nov 8, 2009)
- 林冠英:信用卡徵税 中下层影响最大 (Nov 8, 2009)
- Chong Eng: Gender Provisions Are Still Missing in Najib’s 2010 Budget (Oct 24, 2009)


Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my

Apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri,Lim Guan Eng adalah benar kerana PM tidak menyatakan bahawa kerajaan pusat terpaksa membayar wang pampasan kepada PLUS kerana tidak menaikkan kadar tol selama 5 tahun.Kenapa PM tak umumkan menurunkan kadar tol jambatan Pulau Pinang kerana konsesi jambatan Pulau Pinang yang paling menguntungkan sekali sejak operasi pada tahun 1985.Wahai PM yang pandai ekonomi sudah silap kerana ia tak menguntungkan rakyat selama 5 tahun walupun kadar tol tidak dinaikkan.