5 FAKTA mengenai kelulusan projek di Tanjung Bungah

Banyak maklumat palsu dan tidak tepat telah disebarkan selepas tragedi di tapak pembinaan di Tanjung Bungah.

Berikut adalah 5 FAKTA tentang kelulusan projek tersebut:

1) Projek ini BUKAN projek pembangunan di tanah bukit. Tapak ini terletak di antara 18 meter hingga 40 meter dari aras laut. Menurut garis panduan pembangunan tanah bukit Malaysia, ini adalah tanah rendah. Tanah bukit adalah tanah yang melebihi 150 meter dari aras laut.

2) Projek ini berada di Zon Perumahan Am mengikut Pelan Dasar dan Perancangan Pemajuan MPPP 1996.

3) Projek ini diluluskan oleh Jawatankuasa OSC yang terdiri daripada 19 jabatan teknikal di bawah kerajaan negeri dan persekutuan.

4) Memang benar Jabatan Alam Sekitar membantah projek tersebut TETAPI bantahan itu adalah kerana tapak kuari yang berdekatan, dan BUKAN berkaitan dengan isu lereng atau tanah bukit.

5) 18 jabatan teknikal yang lain sudah pun meluluskan projek tersebut, termasuk Jabatan Mineral dan Geosains yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan cerun, kestabilan tanah dan keselamatan kuari.

Menyatakan fakta bukan bererti mengalihkan tanggungjawab. Ia adalah amanah kepada rakyat untuk menyatakan apa yang benar.

#MencariKebenaran
#SebarFakta