JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

DAP umum habuan jika Pakatan kuasai Putrajaya

DAP hari ini mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang media yang pasti menimbulkan kontroversi, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

“Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”.

Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah.

“Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP di Kuala Lumpur.

Lim menolak persepsi tindakannya itu sebagai percubaan membeli undi.

“Sekarang ini bukan pilihan raya, macam mana nak beli undi? Lagipun tak salah beri wang kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga menafikan tindakan itu bersifat ‘populist’ kerana ia juga sudah dilaksanakan di kebanyakan negara, seperti Thailand, katanya sambil menunjukkan majalah mingguan perniagaan The Economist.

“Kita juga tidak mahu fokus terlalu banyak terhadap kesilapan Barisan Nasional, tetapi kita mahu ketengahkan apa yang mampu kita tawarkan,” kata Lim.

Menurut beliau lagi, persetujuan juga sudah didapatkan dari parti Pakatan yang lain seperti PKR dan PAS berhubung tindakan berkenaan dan mereka tudak mempunyai sebarang bantahan.

“Saya bercakap kepadanya (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau berkata OK lah,” kata Lim.

“Kita mahu membuktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China,” katanya.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China”.

MalaysiaKini - Regina Lee – Ogos 13, 10
http://www.malaysiakini.com/news/139972

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Response