JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Ketua Menteri Pulau Pinang Meminta Karpal Singh & Co Mempertimbangkan Tindakan Saman Ke atas Utusan Malaysia Kerana Menyiarkan Berita Fitnah Ketua Menteri Mengharamkan Bazar Ramadan Di Komtar

Kenyataan Cik Cheong Yin Fan, Setiausaha Akhbar Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar, George Town Pada 13.8.2010:

Ketua Menteri Pulau Pinang Meminta Karpal Singh & Co Mempertimbangkan Tindakan Saman Ke atas Utusan Malaysia Kerana Menyiarkan Berita Fitnah Ketua Menteri Mengharamkan Bazar Ramadan Di Komtar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah miminta peguamnya, Karpal Singh & Co, mempertimbangkan samada tindakan saman boleh diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah ke atas Ketua Menteri mengharamkan Bazaar Ramadan di Komtar. Peguam beliau akan mengkaji laporan Utusan dan Mingguan Malaysia mulai 7-11 Ogos 2010, yang menyiarkan berita palsu menyemarakkan sentimen perkauman dengan menyatakan Ketua Menteri menindas peniaga Melayu dengan menghalang Bazar Ramadan.

Bazar Ramadan di Komtar terus dibenarkan. Hanya pengelola, Komtar Merchants Association vice-chairman Mohamad Ghani Abdul Jiman, dilarang masukkan kedai kerana tidak bayar sewa kepada Penang Development Corporation(PDC), pengurus Komtar. Mana boleh masukkan gerai tanpa membayar wang sewa? Yang lebih teruk lagi ialah pengelola telahpun kutip wang daripada peniaga tetapi tidak serahkan kepada PDC sehingga hari ini.

Demi menutup kegagalan KMA bayar wang sewa yang telahpun dikutip daripada peniaga kepada PDC, satu isu perkauman telah dicetuskan bahawa Bazar Ramadan dihalang dan peniaga Melayu ditindas. Sehingga sekarang tidak ada satu sen pun di bayar kepada PDC.

Bukan kali pertama Utusan Malaysia tipu dan bohong bulat-bulat bahawa Ketua Menteri menindas orang Melayu. Contohnya Utusan Malaysia terus menyiarkan berita palsu bahawa Perarakan Maulud diharamkan sungguhpun aitelah berjalank seperti dulu kala dan dengan lebih meriah sejak Pakatan Rakyat memerintah pada 8 Mac 2008.

Pada mulanya Ketua Menteri tidak ingin membuat saman kerana rasa ini adalah politik benci dan ganas oleh mereka yang anti-PR. Akan tetapi kerana ia diulang-ulangi, maka langkah ini terpaksa diambil untuk mendedahkan kepada orang ramai tipu muslihat dan niat jahat Utusan Malaysia.

Ketua Menteri sedia menerima cabaran ini dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fithnah. Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin rakyat dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar.

CHEONG YIN FAN

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response