JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Rakyat Pulau Pinang berhimpun kenang Teoh

Kematian Teoh Beng Hock dianggap “perkara terburuk pernah berlaku kepada DAP.”

“Sebelum ini, yang terburuk dikenakan pada kita ialah ISA, atau ditahan di pusat tahanan Kamunting atau Kajang,” kata ADUN DAP daripada Ayer Hitam Wong Hon Wai dalam sambutan ulang tahun pertama kematian Teog di Speakers Square Pulau Pinang malam tadi.

“Tetapi kematian, seperti apa yang berlaku pada Teoh Beng Hock, anggota DAP dan kawan yang baik, tidak dapat dibayangkan, ia melampau dan sesuatu yang tidak boleh kita terima,” kata pengarah pendidikan politik DAP itu.

“Masih belum ada keadilan untuk Teoh. Masih banyak double standard (pilih bulu) diamalkan oleh pemimpin dan institusi,” tambah Wong yang juga exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan bandar dan negeri.

“Jadi marilah kita berikrar. Kita mahu lihat pihak yang bersalah dihukum.”

Selepas berucap, Wong meminta orang ramai mengangkat lilin dan menangisi supaya keadilan diberikan kepada Teoh, seorang pembantu politik semasa hayatnya.

Kata-kata itu menyentuh perasaan kira-kira 100 orang yang hadir di majlis yang berlangsung tenang kira-kira sejam.

Suasana diselebungi cahaya lilin dan semangat persaudaraan orang ramai untuk Teoh dan keluarganya.’

Mereka melaungkan slogan seperti “keadilan untuk Teoh Beng Hock”, “hentikan kekejaman” dan “reformasi”.

MalaysiaKini – Susan Loone – Jul 17, 10
http://www.malaysiakini.com/news/137588

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Response