Ng Wei Aik: Sertailah Pengundian PRK N11 Permatang Pasir Melalui Laman Web

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 20 Ogos 2009 (Khamis) di Georgetown, Pulau Pinang:

DAP Negeri Pulau Pinang melancarkan undian online supaya orang ramai dapat mengundi calon pilihan mereka walaupun mereka mungkin tidak berpeluang mengundi dalam Pilihan Raya Kecil bagi Permatang Pasir (N11), Pulau Pinang.

Undian online tersebut bermula hari ini sehingga 24 Ogos 2009 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Dalam tempoh tersebut, sesiapa yang berminat boleh membuat pilihan calon mereka melalui laman web DAP Negeri Pulau Pinang (http://dappg.org).

Soalan bagi undian online adalah seperti berikut:

 

Sekiranya anda seorang pengundi di Permatang Pasir, siapakah calon yang anda akan pilih?

 

            Salleh Man (PR/PAS)

            Rohaizat Othman (BN/UMNO)

 

Undian online tersebut merupakan salah suatu cara bagi kita menggalakkan lebih ramai orang, khususnya golongan muda untuk menyertai proses demokrasi kita.

Kita berharap dengan cara ini, mereka yang bukan pengundi bagi KADUN Permatang Pasir juga dapat memilih calon yang dapat mewakili citarasa mereka serta mempertahankan hak, kepentingan, kebebasan dan maruah mereka.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

2 Responses to “Ng Wei Aik: Sertailah Pengundian PRK N11 Permatang Pasir Melalui Laman Web”

  1. paspenang says:

    Adjust this title, not ‘Permatang Pauh’, it’s Permatang Pasir :)

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. Nik says:

    Calon PAS Ustaz Salleh bin Man

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response