Steven Sim: Tolak Calon UMNO yang Pecah Amanah

Kenyataan Media oleh Steven Sim Chee Keong, Bendahari Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 19 Ogos 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa terperanjat atas pendedahan Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam tentang tindakan Majlis Peguam ke atas salahlaku Rohaizat Othman, calon UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N11 Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan (“struck off”) nama Rohaizat daripada senarai majlis tersebut dan lesen guaman beliau telah ditarikbalik pada 7 Mac 2008. Majlis Peguam telah menjelaskan bahawa tindakan pembatalan tersebut di bawah Seksyen 103D, Akta Profession Undang-Undang 1976 adalah berikutan salahlaku Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan rakan kongsi firma guaman yang lain, seperti yang didakwa oleh pemimpim UMNO. Selain itu, Majlis Peguam juga telah menjelaskan bahawa tuduhan di bawah Seksyen 103D tersebut adalah setara dengan salahlaku jenayah (“criminal misconduct”).

Tindakan salahlaku Rohaizat melibatkan kegagalan menjelaskan wang kepunyaan Koperasi Pekebun Getah sebanyak RM140,000.00.

Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang menghormati hak dan kebebasan UMNO dan Barisan Nasional untuk meletakkan calon pilihan bagi PRK N11 ataupun mana-mana pilihan raya.

Namun, dengan meletakkan seorang calon yang telah disabitkan kesalahan atas salahlaku pengendalian wang Koperasi, UMNO bagaikan memandang ringan aspirasi Rakyat Permatang Pasir untuk memilih seorang wakil Rakyat yang beramanah, berwibawa, telus dan boleh mendapat kepercayaan orang ramai. Nilai-nilai terpuji tersebut telah ditonjolkan oleh Allahyarham Dato’ Hamdan Abdul Rahman ataupun Pak Hamdan yang sememangnya terkenal sebagai seorang pemimpin yang soleh dan seorang wakil Rakyat Pulau Pinang yang mendukung falsafah pentadbiran CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).

Keduanya, DAPSY Negeri Pulau Pinang juga berasa amat kesal dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang memperkecilkan tindakan salahlaku calon mereka. Lebih mengecewakan lagi, pemimpin-pemimpin UMNO juga tidak menjelaskan perkara sebenar tentang salahlaku tersebut dan sebaliknya telah mendakwa bahawa tuduhan ke atas Rohaizat tersebut melibatkan rakan kongsinya dan bukan beliau sendiri. Perkara tersebut telahpun disangkal oleh Majlis Peguam.

Pemuda Sosialis Pulau Pinang yakin bahawa penduduk Permatang Pasir pelbagai kaum, termasuk pemuda-pemudi yang merangkumi 40% daripada jumlah pengundi yang telah sekian lama menikmati berkat kepimpinan soleh dan telus Allahyarham Pak Hamdan akan menolak calon UMNO yang telah pecah amanah Koperasi Pekebun Getah dan menyokong sepenuhnya calon PAS-Pakatan Rakyat, Ustaz Salleh Man.

Hidup Rakyat!

STEVEN SIM CHEE KEONG

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Leave a Response