JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Permohonan Bantuan Kewangan ke IPTA Tutup Besok

Kenyataan Media oleh YB Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 29 Jun 2010 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

Permohonan Bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Menampung Kos Pendaftaran Memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan ditutup pada 30 Jun 2010.

Sesiapa yang telah diambil kemasukan ke IPTA dan berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah boleh memohon bantuan kewangan tersebut, di mana setiap penerima akan diberikan RM500 sekali sahaja.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat selanjutnya melalui Portal Kerajaan Negeri Pulau Pinang (http://www.penang.gov.my) atau laman web setiap Pejabat Daerah masing-masing.

Pelajar dengan ibu atau bapa dilahirkan dan bermastautin di Negeri Pulau Pinang serta berpendapatan gaji pokok RM2,000.00 ke bawah boleh mengemukakan permohonan, dengan borang disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti atau Penghulu di Pejabat Daerah yang berkenaaan.

Bantuan kewangan hanyalah terhad kepada 200 orang setiap daerah. Jikalau pemohon melebihi bilangan yang ditetapkan, maka Pejabat Daerah akan melakukan saringan berdasarkan latar belakang keluarga setiap pemohon dan segala rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Bantuan hanya diberikan kepada penuntut yang layak untuk kos pendaftaran ke IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah sahaja, termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Penuntut yang mengikut Pra-Universiti, asasi atau Matrikulasi atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak layak memohon bantuan tersebut.

Dokumen-dokumen yang diperlukan termasuklah salinan surat tawaran IPTA dan slip pembayaran yuran pendaftaran, salinan kad pengenalan serta sijil lahir pelajar dan ibu bapa, salinan slip gaji terbaru atau Borang Cukai Taksiran Sendiri atau kad pesara ibu bapa. Bagi ibu bapa yang tiada pendapatan tetap, sila buat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

NG WEI AIK

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response