Pengagihan Biasiswa JPA Yang Tidak Adil Menimbulkan Masalah & Ketidakpuashatian Setiap Tahun
(Ucapan di Parlimen)
Setiap tahun, pengagihan biasiswa JPA yang tidak adil telah menimbulkan masalah dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar dan ibu bapa kaum bukan bumiputera. Ada pihak yang mendakwa bahawa untuk tahun ini, daripada 1500 biasiswa luar negeri yang ada, 1200 telah diberi kepada pelajar bumiputera. Saya meminta pihak Kerajaan mengesahkan sama ada dakwaan tersebut adalah benar.
Saya menyeru Kerajaan supaya lebih telus dalam perkara ini demi menyurangkan syak wasangka dan susah hati di kalangan Rakyat Malaysia. Kerajaan patut memaparkan nama-nama pelajar yang berjaya mendapat biasiswa serta keputusan peperiksaan mereka seperti yang dilakukan di negara-negara lain.
Akbar Sinar Harian pada 27 Mei yang lalu melaporkan bahawa seorang pelajar cemerlang J Ray Sita yang mendapat keputusan SPM 9A, 1B telah gagal dalam permohonan memasuki universiti dan matrikulasi. Beliau berasal daripada keluarga ibu tunggal di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Saya berpendapat beliau patut diberi peluang jikalau kita mengambil kira pencapaian beliau, keadaan keluarga dan bahawa beliau berasal daripada luar bandar. Pelajar seperti J Ray Sita patut diberikan keutamaan.
Termasuk juga pelajar-pelajar OKU, syarat untuk mendapatkan biasiswa bagi golongan ini tidak patut sama dengan dengan pelajar lain. Ini kerana pelajar OKU terpaksa memberikan usaha yang lebih untuk berjaya berbanding pelajar yang sihat. Pelajar OKU yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan juga patut diberikan keutamaan dalam pengagihan biasiswa.
Chong Eng

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my