JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Dalam RMK10

Data daripada rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995) menunjukkan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh wanita di Malaysia pada tahun 1970 ialah 37.2%, dua puluh (20) tahun kemudian, pada 1990, angka ini bertambah menjadi 46.7%. Dalam masa dua dekad lamanya kadar penyertaan tenaga buruh wanita meningkat kurang daripada 0.5% setiap tahun.

Dua puluh tahun selepas 1990, pada tahun 2010, kadar penyertaan tenaga buruh wanita menurun ke 46% walaupun enrolmen mahasiswi di universiti awam meningkat kepada 62%. Kini dalam RMK10, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai kadar penyertaan tenaga buruh wanita sebanyak 55% pada tahun 2015; ataupun peningkatan sebanyak 9% dalam masa 5 tahun.

Bagaimanakah Kerajaan bertujuan untuk mencapai matlamat ini sedangkan rekod lama menunjukkan bahawa Kerajaan mengambil masa 20 tahun untuk mencapai peningkatan 9% semasa RMK5 dan selepas itu, angka tersebut telah merosot sehingga sekarang.

Dua faktor mengapa kadar penyertaan tenaga buruh wanita rendah telah dikenalpasti dalam RMK6: 1) wanita kekurangan kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan dan 2) wanita terpaksa mengimbangi pekerjaan dan kerja di rumah.

Antara langkah penyelesaian yang telah digariskan termasuk: waktu kerja flexi, bekerja dari rumah dan aturan kerja separa masa (part time work arrangment). Semua ini telah ada dalam RMK6 20 tahun yang lalu.

Malangnya rancangan-rancangan ini ternyata hanya indah khabar dari rupa, sehingga hari ini, kebanyakkan program masih belum dilaksanakan dan rhetorik ini diulangi lagi 20 tahun kemudiannya dalam RMK10. Dalam RMK10 ini, akhirnya Kerajaan akan memperkenalkan Peraturan Kerja Separa masa di bawah Akta Kerja 1955.

Ini jelas menunjukkan Kerajaan tiada komitmen dan tiada keupayaan untuk menjayakan rancangan yang ditulis dalam bahasa indah-indah belaka.

Bagi meningkatkan penyertaan para wanita dalam tenaga kerja, kita perlu mempunyai satu skim perkhidmatan jagaan kanak-kanak yang baik. Sehingga kini, berapa pusat penjagaan kanak-kanak yang telah dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional? Dan berapa pula perkhidmatan jagaan kanak-kanak yang ditubuhkan oleh majikan dengan geran Kerajaan? Berapa buah pusat-pusat jagaan kanak-kanak yang akan ditubuhkan dalam RMK10 pula?

Dalam laporan RMK10, 2077 pusat jagaan harian komuniti dikatakan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini bukan sahaja meningkatkan risiko kepada keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang dijaga malah mengurangkan potensi pusat sedemikian sebagai penjaga bagi membebaskan wanita terutamanya ibu-ibu ke dalam pasaran kerja. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah ianya disebabkan oleh masalah birokrasi dan ketiadaan dasar dan perundangan yang jelas tentang penubuhan pusat jagaan harian dan pusat jagaan kanak-kanak?

Dalam laporan RMK6, menyedari pentingnya peranan wanita dalam pembangunan, Kerajaan telah mengubal Dasar Wanita Negara 1989; antara objektif dasar termasuklah:

  1. untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan
  2. untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

20 tahun selepas RMK6, Kerajaan masih tidak berupaya untuk mengarusperdanakan gender serta mengamalkan “gender responsive budget” di sektor awam. Antara sebab mengapa rancangan-rancangan yang indah tidak dapat dilaksanakan ialah terdapat jurang gender yang besar pada peringkat pembuat keputusan tinggi serta dalam politik. Kerajaan kekurangan kepimpinan yang benar-benar memahami pentingnya untuk memaksimakan tenaga kerja wanita bagi membangunkan ekonomi negara ke peringkat seterusnya.

Di bawah tajuk Pembangunan Keluarga dalam laporan RMK6, Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memupuk kesedaran masyarakat pentingnya untuk wanita dan lelaki berkongsi tanggungjawab kekeluargaan. Dalam RMK10, juga disebut tentang program ibu bapa di tempat kerja, namum tanggungjawab kekeluargaan terus dijadikan antara sebab utama kadar penyertaan tenaga buruh wanita yang rendah. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional gagal dalam mempromosikan konsep perkongsian tangggungjawab yang disebut dalam RMK6. Apakah sumber yang akan diperuntukkan bagi melaksanakan program kesedaran perkongsian tanggungjawab kekeluargaan ini dalam RMK10?

Bagaimanakah Kerajaan berhasrat untuk menjana ekonomi pendapatan tinggi apabila lebih separuh daripada populasi wanita di negara ini tidak menyertai pasaran ekonomi secara aktif? Situasi ini tidak berubah dalam masa 20 tahun ini di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

Justeru, saya ingin menanya apakah program-program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita daripada 46% kini kepada 55% pada 2015 dan bagaimana kita akan berjaya dalam 5 tahun apa yang kita telah gagal untuk capai dalam masa 20 tahun?

Chong Eng

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +2 (from 2 votes)

One Response to “Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Dalam RMK10”

  1. sabri says:

    kilang koon hoe seksa pekerja dgn nama sales pada hujung minggu boss beli rumah di monte kiara paksa pekerja diminta ambil tindakan segera

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response