Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear?

Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Peter Chin, hari ini diasak berhubung keupayaan kerajaan menjamin keselamatan orang awam sekiranya negara meneruskan hasratnya menubuhkan sebuah loji tenaga nuklear.

“Bagaimana kita pastikan stesen nuklear itu akan selamat, sedangkan stadium, masjid dan stesen bas yang kita bina juga runtuh?” soal ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika sessi soal jawap di Dewan Rakyat.

Selain langkah-langkah keselamatan, Lim juga mendesak Chin supaya menjelaskan mengapa kerajaan tidak sebaliknya mengkaji kemungkin menggunakan sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui.

Lim juga ingin tahu kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021, lokasi dan impaknya kepada kawasan sekitar, serta langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa nuklear yang akan dipraktikkan.

Mengenai lokasi, Chin berkata janakuasa itu dijangka dibina di Semenanjung berdasarkan permintaan elektrik yang tinggi di kawasan tersebut pasca 2020.

Bagaimanapun lokasi tepat bagi membina loji nuklear tersebut belum ditentukan, katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengguna pakai piawaian antarabangsa bagi menentukan lokasi loji janakuasa itu dengan mengambil kira ciri-ciri seperti kepadatan penduduk, alam sekitar dan keadaan geogologi.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menggunakan khidmat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam memastikan peraturan berkaitan keselamatan loji dipatuhi jika ia dibina di negara ini.

“Justeru lesen tapak loji berkenaan hanya akan dikeluarkan setelah semua kajian dilakukan termasuk penilaian kesan alam sekitar dan radiasi,” katanya.

Chin juga berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan loji janakuasa nuklear memandangkan pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan kepada teknologi itu pada masa ini.

“Ia termasuk kebolehan menghentikan tugas rektor nuklear dalam masa yang cukup pantas iaitu dalam tempoh beberapa saat sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini,” kata beliau.

MalaysiaKini – Christine Chan – Jun 7, 10
http://www.malaysiakini.com/news/133826

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. Media Statement by DAP International Secretary and MP for Bukit Bender Liew Chin Tong on Sunday 15th May 2011
  2. DAP Condemns Police Action over anti-Rare Earth Protest
  3. Kempen Petisyen - “Tak Nak” Loji Tenaga Nuklear , demi Malaysia yang bersih, hijau dan selamat, akan diadakan di DOME pada 7 May 2011
  4. “全民反对兴建核能发电厂”请愿签名运动,打造更清洁、绿意及安全的马来西亚
  5. 林冠英保证槟城不建核电厂
  6. 槟州政府绝不会支持或允许任何核能发电厂兴建于槟城
  7. The Penang State Government would not support or allow any nuclear plant to be built in Penang
  8. 林冠英重申槟州反对建核能厂 促公布地点让人民在选举公投
  9. Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear?
  10. Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? (This post)
  11. 冠英讥体馆倒塌对核厂没信心 能源部邀外国专家为议员讲解
  12. DAP Urges A Rethink On Building A Nuclear Power Plant
  13. 民主行动党吁请政府检讨兴建核能发电厂的决定

Leave a Response