Pelajar Terbaik SPM Pulau Pinang Gagal Menerima Biasiswa Nasional
Bukit Mertajam | 040410
Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada hari ini mengadakan satu sidang media dengan Puan Lam Foong Meng, ibu kepada Edwina Tang Chooi Wern yang mendapat 13A+ dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Edwina, 18 tahun, seorang pelajar di SMK Convent Lebuh Light merupakan pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam SPM di Pulau Pinang. Beliau juga merupakan salah satu daripada tiga orang pelajar di seluruh Malaysia yang berjaya mendapat keputusan 13A+.
Walau bagaimanapun, Edwina telah gagal untuk mendapat biasiswa nasional yang julung kali yang telah ditawarkan kepada 30 orang pelajar SPM paling cemerlang di Malaysia. Puan Lam berkata bahawa anak perempuan beliau berasa kecewa kerana tidak mendapat biasiswa tersebut walaupun keputusan beliau yang cemerlang. Puan Lam dalam sidang media tersebut juga menunjukkan laporan media tentang pencapaian paling cemerlang dalam SPM tahun lepas:
| SPM Results | Number of students |
| 15A+ | 2 |
| 14A+ | 1 |
| 13A+ | 3 |
Puan Lam berkata bahawa keputusan SPM Edwina meletakkan beliau antara enam pelajar terbaik di seluruh Malaysia dan sepatutnya menerima biasiswa nasional yang disebut oleh Perdana Menteri Najib sebagai ditawarkan berdasarkan merit sepenuhnya. Beliau berkata bahawa Edwina bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan keluarga mereka tidak mampu untuk menampung kos yang tinggi jurusan perubatan tersebut. Puan Lam juga berkata bahawa kemungkinan keciciran ini merupakan kesilapan teknikal dan mereka sekeluarga menaruh harapan Edwina akan ditawarkan biasiswa tersebut akhirnya.
Puan Chong Eng berkata bahawa beliau akan menulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk merayu bagi pihak Edwina. Beliau menekankan pentingnya untuk menghargai bakat muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
CHONG ENG


Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my