Zahrain Main Publisiti Murahan
Kenyataan Akhbar Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Dan ADUN Kawasan Komtar Ng Wei Aik Di George Town Pada 26.3.2010
Ahli Parlimen bebas Kawasan Bayan Baru Dato Seri Zahrain Hashim tidak perlu mainkan publisiti murahan dengan mengarahkan peguamnya menghantarkan surat tuntutan untuk diterima oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bila ia bukan satu notis saman mahkamah tetapi hanya surat notis sahaja oleh seorang peguam.
Lagipun sekiranya notis saman mahkamah pun boleh diterima oleh peguam Ketua Menteri, mengapakah surat notis peguam Zahrain tidak boleh diserahkan kepada peguam Ketua Menteri iaitu Karpal Singh yang mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang?
Zahrain hanya cuba alihkan perhatian daripada sebab sebenarnya dia begitu marahi Ketua Menteri bukan kerana isu prinsip. Tetapi kerana Ketua Menteri enggan mengikut syor Zahrain yang menwakili IGP Sdn Bhd untuk meluluskan pengswastaan pengurusan Bukit Jambul Golf Club yang bernilai lebih RM 40 juta kepada sebuah syarikat RM 2.
Ketua Menteri tunggu tindakan saman Zahrain dan harap beliau akan teruskan sampai habis di mahkamah dan tidak mati di peringkat awal sahaja. Kami mengesyaki Zahrain samada benar berani meneruskan tindakan mahkamah atau hanya bersikap main-main untuk dapat publisiti murah kerana ada dokumen hitam putih yang boleh sahkan bahawa Zahrain menyokong pemberian tender RM 40 juta kepada sebuah syarikat RM 2 yang tidak ada sebarang rekod kerana hanya baru ditubuhkan dua bulan sebelum tender dipanggil.
Ini pun dinyatakan oleh Ahli Parlimen UMNO kawasan Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam ucapannya di Parlimen pada 23.3.2010 yang mempersoalkan tindakan Zahrain menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai komunis kerana tidak dapat sesuatu.
“Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis,”.
Abdul Ghapur memarahi Zahrain sudah gemuk dan sudah kenyang kerana, “… umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat,”
Sekiranya ada Ahli Parlimen UMNO sendiri yang mempersoalkan integriti Zahrain, adakah beliau berani akan saman bila ada dokumen agensi kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyatakan dengan jelas beliau mahukan tender RM 40 juta diberikan kepada syarikat RM 2 yang yang berusia 2 bulan tanpa sebarang trak record.
NG WEI AIK

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my