Imbangi Gender Dalam Semua Bidang

Kenyataan media YB Chong Eng
220310 | Kuala Lumpur

Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi semalam menyatakan bahawa kementerian beliau akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi jumlah mahasiswa lelaki dan wanita di institusi pengajian tinggi awam (ITPA).

Beliau berkata, pada masa kini, pelajar lelaki hanya antara 25 sehingga 30 peratus daripada jumlah mahasiswa di IPTA, kecuali di politeknik di mana jumlah pelajar lelaki melebihi jumlah pelajar wanita. Keadan yang sama juga berlaku di negara-negara lain.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa pihak kementerian akan memberi penekanan kepada kursus teknikal dan vokasional supaya dapat menarik lebih ramai pelajar lelaki dan seterusnya mengimbangi bilangan siswazah lelaki dan wanita.

Saya tidak bantah langkah-langkah kementerian untuk mengimbangi siswazah lelaki dan wanita dengan syarat kualiti akademik tidak diabaikan.Saya boleh faham kerisauan terhadap isu bahawa terdapat lebih ramai siswazah wanita berbanding lelaki. Kerisauan ini juga telah banyak kali diketengahkan di Parliamen oleh Ahli-ahli Parlimen.

Antara lain, mereka bimbang graduan wanita akan menghadapi kesulitan mencari jodoh kerana bilangan graduan lelaki tidak ramai. Adalah juga pihak yang risau bahawa sekolah-sekolah yang kini mempunyai 80% pendidik wanita akan mendatangkan kesan yang tidak diingini. Justeru, terdapat perbincangan untuk menarik lebih ramai kaum lelaki menjadi guru sekolah.

Di sektor awam pula, CUEPECS baru-baru ini menyatakan bahawa jumlah wanita yang ramai di sektor awam akan menjejaskan pembangunan negara dalam jangka masa panjang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa lebih ramai wanita tertumpu di segmen-segmen tertentu dalam pasaran kerja dan di sektor pendidikan. Tetapi jika dilihat secara teliti, tenaga kerja wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki. Pada tahun 2008, kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) wanita ialah 45% manakala LFPR lelaki ialah 79%. Ini tidak lagi dikira kurangnya wanita di peringkat pembuat keputusan, contohnya hanya 10% Ahli Parlimen wanita, hanya 2 orang Menteri wanita dan hanya 15% ketua jabatan wanita di sektor perkhidmatan awam. Justeru, dapat dilihat di sini bahawa kewujudan peluang pendidikan tidak menjurus kepada kewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan.

Oleh sebab itu, saya menyambut baik cadangan Mohd. Khaled Nordin untuk mengimbangi gender di bidang pendidikan, tetapi pada masa yang sama, saya menyeru supaya pihak Kerajaan juga berusaha mengimbangi gender di semua bidang dan termasuk di peringkat pembuat keputusan.

Chong Eng

Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Timbalan Setiausaha Agong DAP
Ketua Wanita DAP

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: +1 (from 1 vote)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. 放眼更“乾淨”‧民聯姐妹準備清洗大馬
  2. 蔡細歷狹隘思維,無法接受多元民主
  3. BN Should Sack Sexist BN MP Bung Moktar
  4. 国阵应该开除时常发表性别歧视言论的男性至上主义者邦莫达
  5. Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang
  6. International Women’s Day Message & 3rd Anniversary of 2008 Political Tsunami Message
  7. 国际三八妇女节及政治海啸三周年纪念献词
  8. Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2011
  9. Konsep keadilan gender lebih luas dari isu segregasi
  10. 《荼蘼花》戏剧好评扳回一局 郑雨周要再尝试设跨性别支部
  11. 組跨性別族群委會無望‧鄭雨週“轉戰”人權委會
  12. Penang pushing for 90-day maternity leave
  13. 弱智女遭性侵犯引关注 章瑛吁给予郭家协助
  14. Lonely at the top for women in Penang government
  15. 批新经政策让扶弱政策背恶名 章瑛坚持固打能实现性别平等
  16. Golongan Mak Nyah ialah Warganegara Malaysia juga, dengan Hak Perlembagaan untuk Bebas daripada Diskriminasi
  17. Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Dalam RMK10
  18. 鄭雨週:“跨性一族”論壇704舉行‧阿力夏答應當顧問
  19. 郑雨周:若无反对声音 跨性别委会有望成立
  20. 林冠英促修改法令 ‧ 延長產假至90天
  21. Imbangi Gender Dalam Semua Bidang (This post)
  22. 章瑛:槟州政府明年拨20万 推行两性平等教育计划

Leave a Response