JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Pilihan raya PBT: Guan Eng sedia jumpa PM

Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia menjelaskan kepada Perdana Menteri berhubung keperluan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memilih anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata jika Datuk Seri Najib Razak bersedia untuk mendengar penjelasan itu, beliau sendiri akan bertemu dengan Perdana Menteri.

“Pilihan raya ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan perkhidmatan ahli majlis yang dipilih. Apabila dipilih mereka kena bekerja keras untuk rakyat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam Najib dilaporkan berkata pilihan raya PBT itu tidak perlu diadakan kerana ia hanya akan lebih mementingkan proses politiking di kalangan anggota PBT menerusi kempen dan pemilihan.

Najib mengulas mengenai langkah kerajaan negeri pakatan pembangkang, Pulau Pinang dan Selangor yang mahu mengadakan semula proses pilihan raya pihak berkuasa tempatan, seperti yang pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965.

Lim berkata kerajaan negeri tidak bersetuju dengan pandangan Najib kerana kini terdapat 101 daripada 192 negara di dunia yang mengadakan pilihan raya PBT.

Beliau juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mempertimbangkan permohonan mengadakan pilihan raya itu.

“Kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat. Oleh itu kita mahu SPR menimbangkan permohonan itu dengan wajar,” katanya.

Sebelum ini, SPR dilaporkan akan merujuk kepada penasihat undang-undang sama ada kerajaan Pulau Pinang dan Selangor boleh melaksanakan pilihan raya bagi memilih anggota majlis PBT.

Dalam perkembangan lain, Lim mahu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kiri) mengemukakan bukti bahawa polis tidak hanya menyiasat dan membuat laporan polis terhadap pemimpin pakatan pembangkang, sebaliknya turut menyiasat pemimpin Barisan Nasional (BN) yang melanggar undang-undang.

“Saya nak tanya siapakah Menteri Besar, Ketua Menteri dan exco BN yang polis sendiri dah buat laporan polis,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Musa sebagai berkata bahawa polis telah membuat laporan polis terhadap individu atau ahli politik daripada BN atau pakatan pembangkang tanpa berat sebelah.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (bawah) berkata proses pilihan raya PBT itu perlu diadakan kerana ia memberi kuasa kepada rakyat supaya dapat bersama-sama memilih pemimpin yang mengendalikan kerajaan tempatan.

“Kita masih meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mempertimbangkan perkara ini kerana SPR ditugaskan untuk menentukan ia dilakukan dan diperkembangkan kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata walaupun cadangan itu ditolak, kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan sama ada untuk mengadakan pilihan raya PBT atau sebaliknya.

“Dari segi perundangan ada setengah peguam kata boleh adakan setengah kata tidak boleh, jadi kita masih berbincang terutama kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata pilihan raya PBT itu juga mampu memberikan peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) merebut beberapa jawatan di peringkat kerajaan tempatan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

- Bernama

MalaysiaKini - Mac 11
http://www.malaysiakini.com/news/126188

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Response