JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Pulau Pinang cuba pulihkan pilihan raya kerajaan tempatan

Dua hari sebelum Pakatan Rakyat meraikan ulang tahun kedua mereka merampas, Pulau Pinang, kerajaan negeri hari ini mengumumkan pilihan raya kerajaan tempatan akan diadakan semula.

Pilihan raya itu membabitkan dua majlis tempatan – Majlis Tempatan Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Tempatan Seberang Perai (MPSP)

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, surat telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf pada 4 Mac lalu meminta mereka menguruskan perjalanan pilihan raya berkenaan.
Perkara itu, kata Lim terkandung dalam Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada SPR menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada yang dinyatakan dalam Fasal (1).”

Lim juga berkata pihaknya bersedia berbincang dengan SPR bagi menyelaraskan perjalanan pilihan raya kerajaan tempatan itu.

Pilihan raya kerajaan tempatan yang terakhir dihentikan sejak 40 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum itu, pilihan raya itu didakwa mampu mengembalikan keberkesanan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas di kawasan masing-masing.

Lim juga pernah dilaporkan berkata, pelbagai masalah yang berlaku di peringkat tempatan sekarang adalah kerana kegagalan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suray berkenaan belum dibawa untuk perhatian suruhajaya itu lagi.

“SPR akan meneliti kandungan surat itu dan membincangkannya sebelum memberikan jawapan (kepada kerajaan Pulau Pinang).

“Apapun keputusannya sama ada positif atau negatif, adalah terlalu awal untuk kita perkatakan. Ini membabitkan isu perundangan yang perlu diambil kira,” kata Ahmad.

MalaysiaKini - Low Chia Ming – Mac 6, 10
PP cuba pulihkan pilihan raya k’jaan tempatan
http://www.malaysiakini.com/news/125826

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Response