JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Masa Operasi Pusat Khidmat KADUN KOMTAR Dilanjutkan bagi Kempen Pendaftaran Warga Emas

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR pada 5 Mac 2010 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang:

Masa Operasi bagi Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR akan dilanjutkan untuk mendaftarkan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang belum berdaftar di bawah Program Penghargaan Warga Emas yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pusat khidmat KADUN KOMTAR akan dibuka pada 6 dan 7 Mac 2010, iaitu Sabtu dan Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang bagi mendaftarkan mereka yang belum berdaftar di bawah program tersebut.

Selain daripada kempen pendaftaran, pusat khidmat KADUN KOMTAR juga menyediakan perkhidmatan bagi warga-warga emas yang telah berdaftar untuk menyemak nama dan maklumat-maklumat peribadi mereka melalui kemudahan internet.

Saya ingin mengingatkan mereka yang belum berdaftar supaya berbuat demikian sebelum 8 Mac 2010 (Isnin) jam 5.00 petang. Selepas tarikh dan masa tutup tersebut, kempen pendaftaran akan ditangguhkan untuk sementara waktu bagi membuat persediaan bagi kerja-kerja pembayaran wang RM100.00 setahun untuk setiap warga emas yang telah berjaya didaftarkan.

Pusat Khidmat KADUN KOMTAR adalah terletak di No. 31, Lorong Seratus Tahun, 10400 Pulau Pinang dan nombor telefon adalah 04-2270215.

NG WEI AIK

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +2 (from 2 votes)

Leave a Response