JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

K’jaan negeri buat laporan polis terhadap DPMMPP

Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.

ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.

“Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau turut meminta polis untuk menyiasat sama ada kenyataan yang dikemukakan DPMMPP sebelum ini merupakan kenyataan palsu atau fitnah jenayah terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Semalam sebanyak 50 badan bukan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai ‘Gabungan Sedaq’ telah mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri bagi menyampaikan rasa kurang senang terhadap layanan yang diberikan kepada peniaga Melayu.

Antara mereka yang bercakap sewaktu protes tersebut ialah presiden DPMMPP Rizal Faris Mohideen yang mendakwa pihak berkuasa telah merobohkan premis peniaga Melayu.

Perhimpunan yang dihadiri 300 orang itu, yang diketuai oleh presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, gagal menyerahkan memorandum terus kepada Guan Eng.

Marah kerana hanya ditemui setiausaha politik ketua menteri – Ng Wei Aik, mereka bertindak membakar memorandum tersebut sebelum turut membakar patung Guan Eng

Malaysiakini – Feb 6, 10
http://www.malaysiakini.com/news/123863

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Response