JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

‘Cyber troopers’ didakwa fitnah Ketua Menteri

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri membuat laporan polis mendakwa UMNO memperalatkan `cyber troopers’ untuk menyamar di sebalik nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali gus menabur pelbagai fitnah dalam internet dan YouTube, bertujuan menyerangnya secara peribadi.

Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik turut mendakwa kumpulan `cyber troopers’ berkenaan turut `diupah’ dengan bayaran yang sangat mahal oleh segelintir pemimpin tertinggi UMNO bagi menjalankan aktiviti tersebut, sekali gus menjadikannya alat untuk mengaburi pandangan umum terhadap Guan Eng.

Menurutnya, pihaknya mendapati terdapat individu tertentu menggunakan nama Ketua Menteri bagi mendaftarkan akaun sebuah laman blog dikenali sebagai ‘LimGuanEngBlog’ bagi tujuan itu dan kegiatan itu dikenal pasti mula beroperasi sejak akhir tahun lalu.

“Blog itu didapati digunakan untuk menabur pelbagai fitnah dan tohmahan yang tidak berasas termasuk mendakwa Guan Eng akan mengharamkan silat di negeri ini serta mempunyai perancangan untuk menjatuhkan ketuanan Melayu demi perpaduan rakyat.

“Perkara yang berunsur hasutan itu telah disebarkan melalui blog tersebut, malah terus dipetik serta diterbitkan semula dalam blog yang lain sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, di sini, pada jam 1.05 petang, semalam.

Wei Aik berkata, tujuan laporan polis dibuat adalah bagi menafikan Guan Eng atau mana-mana kakitangan dalam Pejabat Ketua Menteri atau Pejabat DAP terlibat menyelenggarakan blog tersebut.

Beliau menegaskan Kerajaan Negeri turut menafikan keadaan ini sengaja direka-reka oleh mereka bagi mengapi-apikan sentimen perkauman dan seterusnya menjejaskan ketenteraman sosial.

“Pada mulanya, Kerajaan Negeri bertindak mendiamkan diri terhadap perkara ini sewaktu permulaan kegiatan itu dengan anggapan ia mungkin angkara penulis blog ‘nakal’ yang menulis sekadar suka-suka.

“Bagaimanapun, serangan berbentuk komen yang berunsur fitnah dilihat semakin menjadi-jadi sehingga ke hari ini (semalam), memaksa kami membuat laporan polis untuk menghentikan sebarang kerja-kerja ‘kotor’ sebegini,” katanya.

Justeru, Wei Aik memohon polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan berkenaan.

Sinaran Harian
http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6445763.asp

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +4 (from 4 votes)

Leave a Response