JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam! 林冠英:民联秉持原则,为马来西亚人斗争 Pulau Pinang cuba pulihkan pilihan raya kerajaan tempatan Golongan Mak Nyah ialah Warganegara Malaysia juga, dengan Hak Perlembagaan untuk Bebas daripada Diskriminasi Penang’s eight big headaches Kadar baru tol jambatan bakal bebankan rakyat

Kenyataan Media oleh Y.B. Tan Beng Huat, ADUN bagi Kawasan Jawi

KENYATAAN MEDIA

OLEH

Y.B. TAN BENG HUAT

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI KAWASAN JAWI

Saya, Tan Beng Huat, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Jawi ingin memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta menarik balik kenyataan saya yang mengugut untuk keluar parti jikalau dasar pengumpulan bayaran letak kereta di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang tidak ditangguhkan dalam tempoh sebulan seperti yang telah dilaporkan sebelum ini.

Saya berasa adalah tidak wajar bagi saya mengeluarkan kenyataan sebegini sehingga mengugut untuk keluar parti walaupun saya bertanggungjawab untuk menyuarakan ketidakpuasan sesetengah pihak yang menghuni atau berniaga di Nibong Tebal terhadap dasar tersebut.

Dalam kata lain, saya akan terus kekal dalam parti untuk melaksanakan agenda-agenda perjuangan parti atas kapasiti saya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Jawi untuk kepentingan seluruh warga Negeri Pulau Pinang.

Tidak dapat dinafikan bahawa saya telah banyak kali dan cuba dengan sedaya-upaya untuk menyuarakan ketidakpuasan warga Nibong Tebal terhadap dasar ini.

Walau bagaimanapun, saya berjanji bahawa saya akan cuba dan terus berunding dengan Kerajaan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan melalui saluran-saluran yang sedia ada supaya cara pelaksanaan dasar tersebut dapat ditambahbaik lagi.

Saya akan terus menyokong parti dan Kerajaan Negeri untuk membawa pembangunan yang dapat memanfaatkan warga Nibong Tebal dengan lebihan pendapatan yang dapat dijana melalui pelaksanaan dasar tersebut.

TAN BENG HUAT
Tarikh: 9 JANUARI 2010

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: -2 (from 6 votes)
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Digg
  • del.icio.us
  • MySpace
  • Live
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Netvibes
  • Yahoo! Bookmarks
  • NewsVine
  • Reddit
  • Print
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • QQ书签
  • Yahoo! Buzz

One Response to “Kenyataan Media oleh Y.B. Tan Beng Huat, ADUN bagi Kawasan Jawi”

  1. Truth Seeker says:

    Tan Beng Huat…. Dont give him the seat in next election; just sack arse from the party!! useless beggar!!

    VA:F [1.9.3_1094]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response