JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Kenyataan Pemuda DAP Pulau Pinang: Tindakan Membakar Gereja Jahat dan Jahil

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 8 Januari 2010 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya perbuatan jahat dan jahil membakar gereja di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Kami mengecam sebarang tindakan keganasan ke atas mana-mana pihak, terutamanya ke atas golongan yang berlainan kepercayaan agama. Keganasan sebegini adalah tindakan yang tidak bermoral dan patut ditolak sama ada di bumi Palestin ataupun di ibu kota Malaysia.

Kami juga memegang Perdana Menteri Najib Tun Razak dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri Hishammudin Tun Hussein bertanggungjawab sebab gagal sama sekali menenteramkan keadaan malah telah mengapi-apikan sentimen keagamaan berikutan isu kalimah “Allah”.

Pemuda Sosialis DAP juga menyeru parti-parti komponen Barisan Nasional untuk tampil mengecam tindakan membakar gereja tersebut. Barisan Nasional juga sepatutnya mendukung usul Pakatan Rakyat yang menyeru ke arah perbincangan sebagai langkah menyelesaikan isu kalimah “Allah”.

Tindakan matang pemimpin Pakatan Rakyat – DAP, PAS dan PKR – menunjukkan politik baru berbentuk progresif dengan minda terbuka serta bertentangan dengan politik perkauman dan assabiyah UMNO-Barisan Nasional.

NG WEI AIK

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: +5 (from 7 votes)

Leave a Response