JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Undian Online terhadap Isu Biro Tatanegara

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 16 Disember 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang:

DAP Negeri Pulau Pinang melancarkan undian online terhadap isu Biro Tatanegara (BTN) melalui laman webnya (http://dappg.org) mulai hari ini, supaya orang ramai dapat mengemukakan pandangan mereka terhadap kerelevanan BTN.

Persoalan dan pilihan-pilihan bagi undian online adalah seperti berikut:

Apakah pandangan anda terhadap isu BTN (Biro Tatanegara)?

  • Ini bukan isu langsung, tidak perlu sebarang perubahan
  • Ubahsuaikan kursus-kursus yang berkontroversi
  • Memansuhkan BTN

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan menilai dan memutuskan modul BTN ekoran daripada pertelagahan di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Nazri Aziz dan gesaan awam yang mahukan BTN dibubarkan, namun ini masih tidak dapat mengubah persepsi awam bahawa BTN merupakan alat Barisan Nasional untuk mencuci otak rakyat jelata.

Jikalau Najib hanya setakat mempergiatkan elemen 1Malaysia dalam modul BTN tanpa membubarkan BTN, adakah ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik dan boleh diterima oleh semua rakyat jelata? Maka, adalah lebih baik bagi rakyat jelata membuat pilihan mereka melalui undian online supaya kita dapat sama-sama menentukan nasib BTN untuk kepentingan nasional.

Undian online tersebut akan bermula hari ini sehingga Perdana Menteri dapat membuat sesuatu keputusan terhadap kelangsungan BTN. Kami mempelawa rakyat jelata tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan latar belakang politik untuk menyertai undian online tersebut serta mengemukakan komen atau pandangan yang bernas dalam laman web tersebut.

NG WEI AIK

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: 0 (from 0 votes)

19 Responses to “Undian Online terhadap Isu Biro Tatanegara”

  1. Chuan Leng says:

    Memansuhkan BTN… Kita bukan Bodoh.. Kita tahu menilai siapa yang baik dan siapa yang jahat..

    Buat kursus hentikan rasuah lagi bagus.. Jangan suka suka angkat wang rakyat..

    Terima Kasih

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. ghazali says:

    mansuhkan BTN kerana BTN alat politik UMNO

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. ustaz nizam says:

    x perlu mansuh.. kenapa nak elak hadapi kenyataan mengenai Tanah Melayu dan kontrak sosial..?? x de la aku sokong UMNO tp rasional la sikit.. mungkin ada perlu pengubahsuaian tetapi bukan menghapuskannya hanya semata2 dipenuhi kebencian pada Melayu/UMNO/BN..

    DAP secara rasminya tidak meminta Raja2 Melayu dihapuskan dan menjunjung hak keistimewaan Melayu dalam perlembagaan dan perkhidmatan awam.. tetapi, adakah ahlinya berfikiran begitu.. sila lihat komen dalam blog.limkitsiang.com dan Malaysia-Today pun dah tahu jawapannya…

    Hadapi dengan dada terbuka

    Cekap.Akauntabiliti.Telus

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • siva says:

      tepuk dada tanya selera, mana boleh BTN only cerita satu2 kaum bagus…yg lain x bagus…
      U x boleh di udah fikiran…pasal u org Umno…hidup sudah senang…\
      hhuhuhuhuh

      VA:F [1.9.13_1145]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  4. ali says:

    btn bagus,program utk cintakan negara..dap punca kekalutan program btn…apa program u utk kecintaan kpd negara..progrm u cuma…timbul isu dan cari populariti..that all..

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. zek says:

    BTN perlu diubahsuai supaya ia boleh menjadi medan menaikkan semangat patriotisma cintakan negara, mengikis sikap ‘racist’ dan memupuk semangat setiakawan dikalangan rakyat berbilang kaum.
    demi memajukan negara tercinta.

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. zek says:

    BTN perlu diubahsuai supaya ia boleh menjadi medan untuk meniup semangat patriotisma cintakan negara, mengikis sikap ‘racist’ dan memumuk semangat bersatu-pade dikalangan rakyat berbilang kaum. demi memajukan negara.

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. cikgu says:

    mansuhkan aje BTN tu..Bahan Tahankan Najib

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  8. Kita orang awam tak pernah pergi BTN.Sekurang-kurangnya ambil satu buku teks BTN itu.Baru boleh kita tahu apa isi.
    Takkan nak bagi KOMEN kalau kita tak baca,macam sebiji jambu batu.kita kena belah-rasa-kasi jiran , baru kita boleh komen.
    Harap DAP cari dan sebar apa isi BTN itu.

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  9. Apai_Malaya says:

    jgn ingat rakyat skarang mcm rakyat 50 tahun dulu…skarang rakyat pandai menilai… Mansuhkan BTN di Bawahak kerajaan BN

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. Lee Chee Soon says:

    cukup lah BTN dengan propaganda tersendirinya.. kami memerlukan perkembangan ekonomi and keselamatan sosial yang terjamin ..hampa dengan apa yang sedang berlaku kini

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  11. eXception says:

    Kenapa baru hari ni nak takut dengan BTN!? BTN tak usik pun kaum cina? BTN pun tak jentik pun kaum cina, cuma korang je terasa seperti diancam. Ada ke orang melayu bila jumpa orang cina kat pasar malam terus tetak? Takde lak aku dengar? semua ni ilusi dan permainan fikiran oleh pemimpin-2 DAP yang durjana… Jadi BTN tak perlu dimansuhkan tetapi DAP, PAS dan PKR harus dibubarkan kerana tidak membawa manfaat kepada rakyat. Habis duit rakyat disapu melalui projek-projek yang nilainya x sampai puluhan ribu… Takkan sampai korek longkang secara bergotong-royong pun nak tuntut sampai puluhan ribu? Sekarang siapa yang pedajal rakyat? BN atau PR? Selangor langsung tiada apa-apa pembangunan selepas PR ambil-alih pemerintahan. Projek ladang babi mega? Itu ke nak dibanggakan? Kedah pun hanya projek pusat pemotongan babi tu je la dibanggakan… Kat Selangor lak, masjid-masjid dianak tirikan, gereja dengan kuil dapat perhatian, satu kampung berpuluh gereja dan kuil…

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  12. eXception says:

    Kalo benar-2 DAP ni demokratik, siarkan komen aku tadi!! Kalo tak siar mmg DAP ni BACUL!!

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • admin says:

      hi eXception,
      your previous message was blocked by the anti-spam system automatically. you are given opportunity to share your thought with FACTS rationally unless it is offending others.

      Hate speech is strictly prohibited.

      rgds, web admin

      VN:F [1.9.13_1145]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  13. Jajarbink says:

    Kerana BTN hanggus 100 Billion. Nak hanggus 100 Billion
    lagi kaa ??? Kalau nak join BTN dan undi BN.

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  14. Lee Chee Soon says:

    Sudahlah dengan apa yang dicapai oleh BTN selama ini.. adalah amat jelas ekoran program2 seperti BTN yang dianjurkan oleh kerajaan dalam pendapat saya tidak memanfaatkan rakyat.. anjurlah program yang dapat memanfaatkan semua

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  15. siva says:

    Mansuh kan BTN…buat rugi duit rakyat…tu all tipu

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  16. solo says:

    x perlu mansuh.. kenapa nak elak hadapi kenyataan mengenai Tanah Melayu dan kontrak sosial..?? x de la aku sokong UMNO tp rasional la sikit.. mungkin ada perlu pengubahsuaian tetapi bukan menghapuskannya hanya semata2 dipenuhi kebencian pada Melayu/UMNO/BN..

    DAP secara rasminya tidak meminta Raja2 Melayu dihapuskan dan menjunjung hak keistimewaan Melayu dalam perlembagaan dan perkhidmatan awam.. tetapi, adakah ahlinya berfikiran begitu.. sila lihat komen dalam blog.limkitsiang.com dan Malaysia-Today pun dah tahu jawapannya…

    Hadapi dengan dada terbuka

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  17. Siapa sukakan perkauman sempit dan bermusuhan dengan kaum lain? Siapa suka negara ini kacau bilau?

    Saya percaya majoriti rakyat Malaysia masih waras dan akan mengundi untuk perpaduan.

    Justeru saya mengesyorkan anda semua menghadiri kursus BTN dan nilai sendiri. Jangan setakat menyampuk tanpa melalui sendiri pengalaman sebagai peserta.

    Undi? bagaimana nak mengundi kalau tidak begitu faham bagaimana program BTN dijalankan?

    Jika program tersebut memecahbelahkan rakyat, saya yakin dan percaya peserta yang waras akan membuat pilihan yang bijak ketika mengundi dalam PRU 13 nanti.

    Ketelusan bukan sekadar satu ucapan apatah lagi untuk dijadikan umpan!

    VA:F [1.9.13_1145]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response