Penalis: Ketuanan Melayu ‘projek politik’ kekal kuasa
Konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa, kata naib presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Katanya, jika adapun apa yang dipanggil kontrak sosial, ia tidak ada kena mengena dengan hak istimewa Melayu, tetapi ia merupakan rangka untuk melindungi rakyat.
Beliau berkata demikian dalam majlis forum bertajuk ‘Mitos Ketuanan Melayu’ anjuran Refsa (Research for Social Advancement) di ibunegara semalam.
Tiga lagi ahli panel ialah Noraini Othman’ (UKM/Sister in Islam); pakar sejarah Malaysia, Clive Kessler dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Richard Yeoh.
Menurut Tunku Abdul Aziz, apa yang dianggap rakyat sebagai kontrak sosial adalah sebenarnya satu persefahaman antara pengasas kemerdekaan negara untuk ‘tinggal bersama, kita mesti kerja bersama-sama”.
Katanya, para pengasas tersebut merupakan golongan yang berfikiran liberal dan tidak pernah terfikir tentang hak keistimewaan orang Melayu.
Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara, masih belum menemui identitinya ekoran dasar-dasar yang tidak inklusif.
Menurutnya, identiti bersama itu boleh dicapai sekiranya rakyat merasakan mereka dilayan secara adil dalam dasar-dasar yang dilaksanakan dan mereka tidak merasakan bahawa Malaysia adalah tempat milik orang Melayu.
Konsept 1Malaysia ‘kabur’
Ditanya sama ada konsep 1Malaysia itu bertujuan menangani isu perkongsian identiti, Tunku Abdul Aziz berkata, idea yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabur dan mendakwa perdana menteri sendiri gagal menjelaskannya.
Sebaliknya, kata beliau, konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran DAP “tidak mendiskriminasi atau menyokong kesengsaraan rakyatnya.”
Tunku Abdul Aziz berkata, beliau secara peribadi percaya kepada konsep tersebut sejak sebelum menyertai DAP lagi dua tahun lalu.
Menurutnya, konsep Malaysian Malaysia itu, apabila pertamakali diperkenalkan oleh pemimpin Parti Bertindak Rakyat (PAP) Lee Kuan Yew pada 1960-an, wujud banyak rasa curiga di kalangan pelbagai masyarakat etnik ekoran jurang ekonomi yang luas.
Pandangan tersebut turut dikongsi oleh Noraini yang berkata konsep tersebut sesuai dengan keadaan sekarang kerana wujudnya ramai masyarakat kelas pertengahan Malaysia yang bersedia untuk menjadi sebahagian daripada negara yang memberi kesaksamaan kepada semua rakyatnya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa masih wujud halangan psikologi di mana ramai orang Melayu yang masih merasakan yang mereka belum bersedia untuk melepaskan ‘tongkat’ mereka.
Menurutnya, ia merupakan satu lingkaran di mana rakyat masih terperangkap dalam cara pemikiran feudal.
Noraini, yang merupakan penulis bersama buku ‘Sharing the Nation’, menambah bahawa konsep ketuanan Melayu membuat beliau kecut kerana ia membangkitkan “perasaan penghambaan”.
Menurut istilah klasik Melayu, katanya, perkataan ‘ketuanan’ membawa maksud tuan ke atas hamba tawanan, yang menurutnya, satu konsep pra-feudal yang tidak sama waktunya dengan 1957, 1963 dan hari ini.
Seperti juga Tunku Abdul Aziz, beliau mengingatkan supaya jangan terjebak dengan ‘perangkap’ ketuanan Melayu, yang dianggapnya sebagai satu ‘projek politik’.
Asal usul Ketuanan Melayu
Sementara itu, Yeoh pula berkata, istilah ‘Ketuanan Melayu’ bermula dengan ucapan Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1989 yang berkata orang Melayu mesti dominan dalam kepimpina politik.
Bagaimanapun, katanya, ucapan itu tidak memudaratkan, tetapi ia telah membawa maksud ketuanan Melayu kepada sesetengah pemimpin Umno yang tidak semestinya faham maksudnya.
Sehubungan itu, katanya, istilah tersebut perlu dilihat mengikut kontek sebenarnya, kerana ia ditimbulkan sewaktu Umno berdepan dengan krisis kepimpinannya di mana Tengku Razaleigh Hamzah mencabar kepimpinan Dr Mahathir ketika itu.
Menurut Yeoh, perlembagaan hanya menetapkan hak-hak keistimewaan untuk orang Melayu dalam bidang-bidang yang sudah pun ada sebelum kemerdekaan, dan tiada lagi keistimewaan baru yang ditambah.
Orang Melayu, katanya, boleh mencapai semua yang mereka telah capai, dan mungkin lebih daripada itu, tanpa istilah Ketuanan Melayu.
Sementara itu, Kessler pula menambah bahawa negara ini sedang melalui gelombang ketiga perjanjian Merdeka yang dipersetujui oleh para pengasasnya – yang pertama datang pada 1969 dan ketiga pada 1972 dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Gelombang kedua, katanya, mulai berakhir pada 1999 tetapi terus hidup tanpa kebiasaan dari 2004 “ketika kerajaan merasakan yang semuanya telah dimaafkan, sehinggalah apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008″.
Oleh itu, katanya, adalah diharapkan gelombang ketiga ini akan “mendukung semangat perjanjian Merdeka”, yang mempunyai tujuan untuk membangunkan sebuah negara yang “pluralistik dan inklusif”.
Malah, hujah Klesser, timbalan perdana menteri kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman pernah berkata bahawa penerusan dasar-dasar afirmatif yang membantu orang Melayu, boleh menjadi satu penghinaan kepada maruah mereka.
Malaysiakini - Dis 13, 09 – Aidila Razak
http://www.malaysiakini.com/news/119728

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my
Adakah anda pernah dengar nama Tunku Abdul Aziz Ibrahim? (sila bezakan antara ’tunku’, ‘tungku’, dan ’tunggul’. Jika kurang jelas, rujuk Kamus Dewan).
Mari baca kenyataan tungku ini yang Demang kutip daripada http://dappg.org/1935/btn_20091213a/#more-1935:
” Konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa.”
Demang tak perlu pertikai kenyataan di atas kerana beliau adalah naib presiden DAP. Jadi sudah tentulah tungku ni akan berkata apa-apa sahaja agar dikekalkan oleh pengundinya dalam pemilihan parti akan datang. Takkan lah naib presiden DAP nak pertahankan perjuangan UMNO.
Kata tungku itu lagi;
“Jika adapun apa yang dipanggil kontrak sosial, ia tidak ada kena mengena dengan hak istimewa Melayu, tetapi ia merupakan rangka untuk melindungi rakyat.”
Ha, kenyataan kedua ini Demang agak terkejut. Demang tidak tahupun bahawa ada pemimpin DAP yang terlibat sebagai tenaga penggerak BTN. Hal ini kerana kenyataan tersebut ‘sama sebijik’ macam yang sering dinyatakan oleh tenaga penggerak BTN bahawa kontrak sosial bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya untuk semua penduduk Tanah Melayu yang bersetuju menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bagi yang tidak bersetuju, bolehlah angkat kaki ke mana-mana negara!
Benarkah kontrak sosial itu ada? Terpulanglah anda nak percaya atau tidak tetapi Demang nak tanya: adakah anda fikir Perlembagaan Persekutuan 1957 itu jatuh dari langit? Menafikan kontrak sosial samalah dengan mengatakan bahawa perlembagaan negara kita dibina tanpa sebarang asas atau tidak mengambil kira manusia-manusia yang hidup ketika itu.
Jika anda masih menafikan tentang kontrak sosial, terpulanglah. Namun tolong hormati perkara-perkara yang tercatat dalam perlembagaan negara kita. Kalau tidak pernah baca perlembagaan, belilah di mana-mana kedai buku pada harga RM10 sahaja!
Hmm… Demang mula syak yang Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebenarnya ’orang kita’ yang disusupkan ke dalam DAP. Rasanya begitu. Jika telahan Demang itu tidak benar, maka beliau bukanlah ’tunku’ tetapi sekadar ’tungku’ ataupun ’tunggul’.
Saya setuju bahawa kontrak sosial bukan semata-mata untuk orang Melayu sebaliknya bagi menjaga kepentingan semua orang yang bersetuju menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu (sebelum disebut Malaysia).
Semangat dan initipati kontrak sosial tersebut dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (Islam dan kedudukan agama lain), Perkara 14 (kewarganegaraan sebagai keistimewaan yang diberi kepada bukan Melayu), Perkara 152 (kelanjutan bahasa Melayu sebagai lingua franca sejak kesultanan Melaka), Perkara 153 (tanggungjawab YDAgong menjaga hak orang Melayu/bumiputra dan keistimewaan orang bukan Melayu. Lihat (1) pada ayat: … dan kepentingan sah kaum-kaum lain…
Saya juga melihat bahawa Tunku Abdul Aziz sependapat dengan BTN dalam hal ini iaitu kontrak sosial bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya memberi keistimewaan kepada kaum yang tidak berakar umbi di sini. Saya sudah banyak kali menulis hal-hal begini dalam blog saya (http://waadat.blogspot.com) maka tidak perlulah saya ulang lagi di sini.
Berkenaan komen tentang Satu Malaysia, saya lihat ianya hanyalah satu lontaran umum tanpa memperdulikan garis panduan yang telah dikeluarkan pejabat DS Najib sebelum ini. Namun saya faham, bagi mengambil hati pembangkang, baik Tunku Abdul, Noraini, mahupun Yeoh sudah cuba untuk menjadi pembentang yang baik. Semoga elaun ceramah mereka dapat dibayar tepat sebagaimana dijanjikan.
Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya menulis.
kepada moderator,
Maaf, saya tidak berniat memaparkan semua tulisan saya itu.
Komen sebenar saya ialah:
“Saya setuju bahawa kontrak sosial bukan semata-mata untuk orang Melayu sebaliknya bagi menjaga kepentingan semua orang yang bersetuju menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu (sebelum disebut Malaysia).
Semangat dan initipati kontrak sosial tersebut dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (Islam dan kedudukan agama lain), Perkara 14 (kewarganegaraan sebagai keistimewaan yang diberi kepada bukan Melayu), Perkara 152 (kelanjutan bahasa Melayu sebagai lingua franca sejak kesultanan Melaka), Perkara 153 (tanggungjawab YDAgong menjaga hak orang Melayu/bumiputra dan keistimewaan orang bukan Melayu. Lihat (1) pada ayat: … dan kepentingan sah kaum-kaum lain…
Saya juga melihat bahawa Tunku Abdul Aziz sependapat dengan BTN dalam hal ini iaitu kontrak sosial bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya memberi keistimewaan kepada kaum yang tidak berakar umbi di sini. Saya sudah banyak kali menulis hal-hal begini dalam blog saya (http://waadat.blogspot.com) maka tidak perlulah saya ulang lagi di sini.
Berkenaan komen tentang Satu Malaysia, saya lihat ianya hanyalah satu lontaran umum tanpa memperdulikan garis panduan yang telah dikeluarkan pejabat DS Najib sebelum ini. Namun saya faham, bagi mengambil hati pembangkang, baik Tunku Abdul, Noraini, mahupun Yeoh sudah cuba untuk menjadi pembentang yang baik. Semoga elaun ceramah mereka dapat dibayar tepat sebagaimana dijanjikan.”
Perenggan yang sebelum itu adalah khusus untuk saya masukkan dalam blog peribadi saya. Anda boleh membacanya di http://waadat.blogspot.com/