YEAP CHOON KEONG: DAPSY Berasa Kecewa Terhadap Keputusan UMNO
Kenyataan Media oleh Yeap Choon Keong, Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang pada 10 Disember 2009 (Khamis) di Georgetown, Pulau Pinang:
Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang (DAPSY) berasa amat kecewa terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu, memutuskan untuk menarik balik penggantungan Bekas ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.
Beliau membuat kenyataan berbaur perkauman dengan menyifatkan kaum bukan Melayu sebagai ‘pendatang’, sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.
DAPSY Pulau Pinang ingin Parti Gerakan dan MCA membuat penjelasan terhadap isu tersebut dengan segera.
YEAP CHOON KEONG

Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my