Ng Wei Aik: Menteri KPI Bercakap Bohong

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 9 Disember 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang:

DAPSY berasa amat aneh dengan penjelasan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Oh Tong Keong, Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang dan Eng Hiap Boon, Ketua Pemuda MCA Negeri Pulau Pinang senyum atas sebab terperanjat apabila seorang ahli MIC Mak Mandin sedang membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Tiada logiknya langsung bagi seorang Menteri KPI memberikan penjelasan sebegini, yang jelas sekali cuba memutarbelitkan fakta yang sebenarnya. Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak kesal dengan apa yang dilakukan oleh mereka walaupun mereka perlu mengutuk dengan sekuat-kuatnya terhadap tindakan pelampau tersebut.

Apakah reaksi Oh Tong Keong dan Eng Hiap Boon jikalau mereka terperanjat dengan tindakan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang? Adakah mereka perlu senyum dengan gembira? Sememangnya, mereka perlu berasa bimbang dan cuba dengan sedaya-upaya untuk menghalang tindakan pelampau tersebut. Jikalau mereka tidak berupaya untuk menghalang, maka mereka perlu meninggalkan tempat tersebut dengan serta-merta.

Koh Tsu Koon menyatakan bahawa orang yang membakar gambar Ketua Menteri adalah seorang penduduk Kampung Buah Pala. Sebenarnya, pihak polis yang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut masih dalam peringkat soal siasat. Saya pernah memberitahu pihak polis bahawa orang tersebut merupakan seorang ahli MIC dari Mak Mandin, Butterworth.

Jikalau kerja-kerja siasatan belum selesai, macam mana polis boleh memberitahu Koh Tsu Koon akan hasil siasatan mereka? Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, seperti Koh Tsu Koon yang sering mempelopori KPI sudi berbohong serta memutarbelitkan fakta-fakta yang sebenar. Mereka tidak berani untuk memikul tanggungjawab serta memohon maaf kepada rakyat.

DAPSY menuntut Koh Tsu Koon, Oh Tong Keong dan Eng Hiap Boon perlu memohon maaf kepada rakyat atas pembohongan mereka. Fakta-fakta yang sebenar tidak mungkin dapat diputarbelitkan oleh rakyat kita yang semakin berupaya untuk membezakan apa yang baik dan betul serta apa yang mungkar, salah dan tidak boleh dimaafkan.

NG WEI AIK

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Be Sociable, Share!

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. 林冠英:強化人民‧財政預算給民新希望
  2. 鄭雨週:緩塞車又環保‧州應闢國際水平腳車道
  3. 林冠英:槟威两地平衡发展 确保槟民受惠
  4. 大英义学园15栋政府廉屋 入伙30年未获入伙纸
  5. Penang CM blasts Umno, Koh for ‘violent behaviour’
  6. Parti Cinta Malaysia & UMNO – Demo ‘Goyang’ Liar & Ganas (Video)
  7. 借议会记录反驳种族言论挑衅 冠英轰子根屈从巫统无药可救
  8. Guan Eng nafi sebut UMNO Samseng
  9. 不了解Taiyo财务状况 周锦炎促黄瑞欣请教会计师
  10. 首长:Taiyo拟采法律行动 对付颠倒是非骗子
  11. Foreign investment in Penang to hit at least RM4.2bil
  12. 林冠英:发表敏感言论 阿查哈应向全民道歉
  13. 槟议会前焚首长肖像有辱民主 刘镇东轰国青团滥用集会自由
  14. Ng Wei Aik: Menteri KPI Bercakap Bohong (This post)
  15. 黄伟益:KPI部长竟撒谎
  16. 提供焚首長肖像者身份‧黃偉益受召錄供
  17. 黃偉益:只是轉發簡訊‧不應由郭一人扛責任
  18. 黄伟益:是否支持阿查哈秀臀 马华民政应表态
  19. 郭庭源:首长没骂我 他只是劝我
  20. 古迹修复拨款中央违诺 首长抨信托会静默
  21. 首长:缺电子工程师 槟未拒30亿投资
  22. 首长:州政府斡旋后 2豪宅计划增建中廉屋
  23. Shed light on land scandal, Koh told
  24. 杜絕鐵釘黨‧爆胎禁在檳橋換胎
  25. 有助罪降低案率 雨伞行动槟民赞好
  26. 单轨火车是否成行 林峰成:将征询各造意见
  27. 佳日星:檳應速向中央申請‧撥款逾3億挖深北岸碼頭
  28. 未來10年發展各方面獲提昇‧檳10計劃如“十全補湯”
  29. 林冠英:目前仍無法競爭‧檳與新國屬互補配合
  30. 彭文寶:行動黨會內部調查‧郭庭源事件應告段落
  31. Butt Show in DUN Pulau Pinang, November 2009 (3 Video Clips)
  32. 李振辉:促胡栋强与翁协文48小时内公开道歉
  33. 劉敬億建議檳州政府通過稅收回扣 鼓勵私人界調高員工薪金
  34. 黎馥纲:目无法纪的暴徒行为
  35. 黄伟益:马青与民青跟巫青狼狈为奸!
  36. 檳民聯青年團30餘人報警‧促查燒林冠英肖像案
  37. 否认参与滋事 豆蔻村民力挺林冠英
  38. 谴责国青团粗暴示威 29对11票通过动议
  39. 檳州立法議會:州議會大廈範圍內舉行‧10非政府組織參與“資訊展”
  40. 比今年多一倍‧檳州預算案赤字近8000萬
  41. 林冠英:惟通過資訊自由法案才能上法庭尋求法律定位 而能夠批准通過法案的是州法律顧問
  42. 槟明年财政预算案 出现7898万赤字
  43. DAPSY Mengecam tindakan rusuhan Pemuda UMNO-Barisan Nasional
  44. Penang not following Selangor plan
  45. 亲商·亲就业机会·亲贫 槟2010预算案3要
  46. 林冠英:雪州若通过“自由资讯法令” 槟及其它州属也行
  47. Penang unable to have a Freedom of Information enactment
  48. 曹觀友:威省市政局採用2001年威省市政局廣告條規為指南管制廣告牌
  49. 曹觀友:2006年至2009年檳島市政局及威省市政局分別獲得8845萬令吉及5390萬令吉中央撥款
  50. 曹觀友:2020檳島地方發展藍圖草案已提呈給州策劃單位審核
  51. Ng Wei Aik: Bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah segera meminda seksyen 10 dan seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang berkaitan supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang
  52. 黄伟益:支持槟州立法议会催促联邦政府采取尽速行动,修订1976年地方政府法令第10条文与第15条文及其他相关法律,让地方政府选举能够跟来届全国大选同步举行

Leave a Response